Hubungan antara persekitaran pembelajaran matematik dengan pencapaian matematik pelajar diploma program kerjasama kolej Yayasan Sabah-UTM

Kajian ini menilai persepsi 130 pelajar Matematik diploma program kerjasama Kolej Yayasan Sabah-UTM dan mengkaji hubungan antara persekitaran pembelajaran Matematik dengan pencapaian pelajar. Kajian ini juga menguji sama ada faktor demografi seperti jantina, lokasi asal dan status sosioekonomi kelua...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Jusvinia Jerinius
Format: Thesis
Language:English
English
Published: 2013
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/37488/2/24%20PAGES.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/37488/1/FULLTEXT.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini menilai persepsi 130 pelajar Matematik diploma program kerjasama Kolej Yayasan Sabah-UTM dan mengkaji hubungan antara persekitaran pembelajaran Matematik dengan pencapaian pelajar. Kajian ini juga menguji sama ada faktor demografi seperti jantina, lokasi asal dan status sosioekonomi keluarga pelajar mempengaruhi pencapaian pelajar. Instrumen soal selidik What Is Happening In This Class? (WIHIC) yang diubahsuai digunakan untuk menilai persepsi pelajar terhadap persekitaran pembelajaran. Data yang dikumpul kemudiannya diselaraskan dengan pencapaian pelajar yang diukur dengan markah keseluruhan (kerja kursus dan peperiksaan akhir semester). Kaedah analisis deskriptif dan juga ujian-t, ANOVA dan korelasi Pearson menggunakan perisian SPSS (versi 14.0) dijalankan ke atas data yang dikumpul. Keputusan menunjukkan bahawa jantina dan lokasi asal pelajar tidak memberi perbezaan yang signifikan ke atas pencapaian pelajar tetapi status sosioekonomi keluarga pelajar adalah sebaliknya. Analisis korelasi Pearson menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara persekitaran pembelajaran dan pencapaian pelajar. Analsis terperinci menunjukkan bahawa tiga daripada lapan aspek persekitaran pembelajaran iaitu berorientasikan tugas, pengajaran dan sokongan pensyarah dan kerjasama antara pelajar menjadi faktor-faktor yang mempengaruhi pencapaian pelajar.