Perkaitan antara hubungan kekeluargaan, pengaruh rakan sebaya dan kecerdasan emosi dengan tingkah laku delinkuen pelajar asrama di sekolah-sekolah menengah kebangsaan daerah Kota Belud

Tingkah laku delinkuen pelajar asrama merupakan salah satu masalah yang hangat diperkatakan oleh pelbagai pihak masa kini. Oleh itu, kajian ini dilaksanakan untuk mengenal pasti permasalahan ini dengan meninjau perkaitan tingkah laku delinkuen dengan hubungan kekeluargaan, pengaruh rakan sebaya dan...

全面介紹

Saved in:
書目詳細資料
主要作者: Rosnani Sidin
格式: Thesis
語言:English
English
出版: 2013
主題:
在線閱讀:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/37490/1/24%20PAGES.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/37490/2/FULLTEXT.pdf
標簽: 添加標簽
沒有標簽, 成為第一個標記此記錄!
實物特徵
總結:Tingkah laku delinkuen pelajar asrama merupakan salah satu masalah yang hangat diperkatakan oleh pelbagai pihak masa kini. Oleh itu, kajian ini dilaksanakan untuk mengenal pasti permasalahan ini dengan meninjau perkaitan tingkah laku delinkuen dengan hubungan kekeluargaan, pengaruh rakan sebaya dan kecerdasan emosi. Responden kajian terdiri daripada pelajar-pelajar asrama di sekolah-sekolah menengah kebangsaan daerah Kata Belud. Kajian ini melibatkan 160 orang pelajar tingkatan empat yang terdiri daripada 90 orang pelajar lelaki dan 70 orang pelajar perempuan. Kajian ini berbentuk kuantitatif dengan menggunakan soal selidik sebagai instrumen kajian. Data dianalisis menggunakan analisis deskriptif bagi mendapatkan kekerapan, peratusan, min dan sisihan piawai tahap tingkah laku delinkuen serta analisis inferensi iaitu Korelasi Pearson dan Analisis Regresi Berganda untuk mengenal pasti hubungan antara pemboleh ubah-pemboleh ubah. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap tingkah laku delinkuen pelajar asrama pada tahap yang rendah dengan min 1.55, hubungan kekeluargaan pada tahap yang sederhana dengan min 3.66, pengaruh rakan sebaya pada tahap sederhana dengan min 2.96 dan kecerdasan emosi pada tahap sederhana dengan min 3.31. Dapatan kajian menunjukkan tidak terdapat hubungan yang signifikan antara hubungan kekeluargaan dan kecerdasan emosi dengan tingkah laku delinkuen pelajar asrama. Manakala terdapat hubungan yang signifikan antara pengaruh rakan sebaya dengan tingkah laku delinkuen pelajar asrama iaitu pada tahap yang rendah. Keputusan hasil Analisis Regresi Berganda pula menunjukkan pemboleh ubah pengaruh rakan sebaya dan kecerdasan emosi menyumbang kepada tingkah laku delinkuen pelajar asrama.