Hubungan antara sikap dengan pencapaian sains dalam timss 2011 :Satu perbandingan antara Malaysia dan Singapura

Kajian ini bertujuan untuk melihat hubungan antara sikap dengan pencapaian sains dalam TIMSS 2011 : Satu perbandingan antara Malaysia dan Singapura. Seramai 5733 pelajar dari Malaysia dan 5927 pelajar dari Singapura terlibat dalam kajian ini dan dipilih secara rawak berkelompok. Soal selidik mengena...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Androw Celyron Sindeh
Format: Thesis
Language:English
English
Published: 2014
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/37527/1/24%20PAGES.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/37527/2/FULLTEXT.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk melihat hubungan antara sikap dengan pencapaian sains dalam TIMSS 2011 : Satu perbandingan antara Malaysia dan Singapura. Seramai 5733 pelajar dari Malaysia dan 5927 pelajar dari Singapura terlibat dalam kajian ini dan dipilih secara rawak berkelompok. Soal selidik mengenai sikap terhadap sains yang terdiri daripada 20 item adalah bersifat multidimensi ( iaitu minat terhadap sains, motivasi terhadap sains dan keyakinan terhadap sains) Analisis korelasi digunakan untuk melihat hubungan antara pemboleh ubah yang dikaji. Data kajian ini telah dianalisis dengan menggunakan IEA IDB Analyzer- Merge Model dan IEA IDB Analyser-Analysis Modul bersama-sama dengan perisian Statistical Packages for the Social Sciences (SPSS) versi 16. Dapatan kajian menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara sikap terhadap sains dengan pencapaian sains TIMSS 2011. Dengan itu dapat dirumuskan sikap pelajar terhadap sains mempengaruhi pencapaian sains. Beberapa cadangan dikemukakan untuk panduan kajian selanjutnya.