Hubungan kemahiran pedadogi, kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi daripada program pembangunan profesional dengan kompetensi pengajaran guru sekolah rendah di Kota Marudu

Kajian ini bertujuan untuk melihat hubungan antara kemahiran pedagogi yang diperolehi dari Program Pembangunan Profesional Guru (PPPG) dengan kemahiran menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dengan kompetensi pengajaran guru sekolah rendah di Kota Marudu. Kajian ini menggunakan kaedah t...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Manshur Kotung
Format: Thesis
Language:English
English
Published: 2014
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/37583/1/24%20PAGES.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/37583/2/FULLTEXT.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk melihat hubungan antara kemahiran pedagogi yang diperolehi dari Program Pembangunan Profesional Guru (PPPG) dengan kemahiran menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dengan kompetensi pengajaran guru sekolah rendah di Kota Marudu. Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan dan data diperolehi daripada kaedah soal selidik yang menggunakan skala Likert lima pilihan. Data yang diperolehi dianalisis menggunakan perisian Statistical Package For Social Science {SPSS} Version 21.0. Data dianalisis menggunakan statistik deskriptif, analisis Varian Sehala (ANOVA) dan analisis Korelasi Pearson. Dapatan kajian menunjukkan kemahiran pedagogi yang diperolehi dari Program Pembangunan Profesionalisme Guru signifikan pada aras (p=0.048). Manakala, dapatan kajian menerusi kemahiran menggunakan ICT dan kompetensi berdasarkan tempoh perkhidmatan, kemahiran menggunakan ICT dan kekerapan menghadiri PPPG tidak signifikan. Analisis korelasi Pearson mendapati hubungan yang sederhana dan lemah iaitu hubungan antara kemahiran pedagogi dari PPPG dengan kompetensi pengajaran iaitu (r=557). Manakala, kemahiran menggunakan ICT dengan kompetensi pengajaran iaitu (r=351). Diharapkan kajian ini dapat membantu pihak-pihak tertentu untuk mengatur strategi latihan-latihan atau PPPG tertentu yang diperlukan oleh para pendidik dalam meningkatkan kompetensi pengajaran khususnya di Kota Marudu.