Pengaruh identifikasi organisasi dan pengehakupayaan psikologi terhadap penglibatan kerja : Sokongan organisasi sebagai penyederhana

Penglibatan kerja merupakan elemen penting bagi organisasi untuk terus bertahan dan juga untuk kejayaan sesebuah organisasi. Oleh yang demikian, penglibatan kerja telah muncul sebagai topik yang hangat dibincangkan dalam dekad ini, dan di Malaysia juga dengan tenaga kerja yang berpendidikan tinggi t...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Sovelyn Zeno
Format: Thesis
Language:English
English
Published: 2018
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/37625/1/24%20PAGES.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/37625/2/FULLTEXT.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Penglibatan kerja merupakan elemen penting bagi organisasi untuk terus bertahan dan juga untuk kejayaan sesebuah organisasi. Oleh yang demikian, penglibatan kerja telah muncul sebagai topik yang hangat dibincangkan dalam dekad ini, dan di Malaysia juga dengan tenaga kerja yang berpendidikan tinggi tidak terkecuali. Penglibatan kerja dipercayai mempunyai kesan positif terhadap organisasi kerana ia dapat membantu mencapai matlamat organisasi dan seterusnya meningkatkan pencapaian organisasi. Identifikasi organisasi, pengehakupayaan psikologi dan sokongan organisasi yang diamati adalah pembolehubah yang dilihat berpotensi untuk mempengaruhi penglibatan kerja. Oleh itu, tujuan kajian ini adalah untuk menguji pengaruh identifikasi organisasi, dimensi dalam pengehakupayaan psikologi dan sokongan organisasi terhadap penglibatan kerja dan juga untuk mengenalpasti peranan sokongan organisasi sebagai penyederhana dalam hubungan antara pembolehubah kajian. Identifikasi organisasi wujud apabila ahli organisasi mengaitkan diri mereka dengan sesebuah organisasi dan menganggap bahawa mereka adalah sebahagian daripada organisasi yang diwakilinya. Pengehakupayaan psikologi pula wujud apabila pekerja melihat bahawa mereka dapat menjalankan beberapa kawalan ke atas kehidupan kerja mereka. Pengehakupayaan psikologi merangkumi empat dimensi iaitu makna, kecekapan, penentuan diri dan impak. Sokongan organisasi pula ialah pekerja berasa bahawa organisasi menghargai sumbangan mereka dan mengambil berat terhadap kesejahteraan mereka. Metodologi kajian adalah kajian tinjauan secara keratan rentas dengan menggunakan soal selidik. Sampel kajian terdiri daripada 200 orang anggota bomba dan penyelamat yang berkhidmat dalam Zon Kata Kinabalu, Sa bah. Data kajian dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 20. Analisis regresi mudah, regresi pelbagai dan regresi hierarki digunakan untuk menguji semua hipotesis kajian. Hasil kajian telah mendapati bahawa identifikasi organisasi tidak mempunyai pengaruh yang signifikan terhadap penglibatan kerja manakala tiga dimensi dalam pengehakupayaan psikologi iaitu dimensi makna, dimensi kecekapan, dimensi impak dan juga sokongan organisasi didapati mempunyai pengaruh yang signifikan terhadap penglibatan kerja. Bagi peranan penyederhana pula, hasil kajian telah mendapati bahawa sokongan organisasi hanya berperanan sebagai penyederhana yang signifikan dalam hubungan antara identifikasi organisasi, dimensi penentuan diri dan dimensi impak dengan penglibatan kerja. Hasil kajian merumuskan bahawa amalan pengehakupayaan psikologi dan sokongan yang diberikan oleh organisasi sememangnya memainkan peranan yang penting untuk menggalakkan penglibatan kerja anggota bomba. Selain itu, sokongan organisasi juga didapati dapat mempengaruhi peningkatan tahap penglibatan kerja anggota bomba.