Hubungan sikap dan daya saing dengan tingkah laku ponteng dalam kalangan pelajar etnik Dusun Kimaragang daerah Kota Marudu Sabah

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti hubungan sikap pelajar terhadap pendidikan, daya saing dengan tingkah laku ponteng dalam kalangan pelajar etnik Dusun Kimaragang di sekolah-sekolah menengah daerah Kota Marudu. Mengenal pasti tahap sikap terhadap pendidikan, daya saing dan tingkah laku ponte...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Lousi Gansui @ Lucy
Format: Thesis
Language:English
English
Published: 2009
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/37631/1/24%20PAGES.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/37631/2/FULLTEXT.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti hubungan sikap pelajar terhadap pendidikan, daya saing dengan tingkah laku ponteng dalam kalangan pelajar etnik Dusun Kimaragang di sekolah-sekolah menengah daerah Kota Marudu. Mengenal pasti tahap sikap terhadap pendidikan, daya saing dan tingkah laku ponteng dan seterusnya mengenal pasti perbezaan sikap terhadap pendidikan, daya saing dan tingkah laku ponteng pelajar etnik ini berdasarkan jantina dan aliran sains tulin dengan aliran bukan sains tulin. Respondan kajian terdiri daripada 100unakan pelajar tingkatan empat dalam kalangan etnik Dusun Kimaragang di daerah Kota Marudu. Kaedah secara tinjauan ini menggunakan soal selidik sebagai instrument kajian. Analisis data dibuat secara deskriptif dan inferensi dengan menggunakan pekali korelasi Pearson 'r' dan ujian-t melalui perisian "statistical package of the social science for windows (SPSS). Dapatan kajian 1) tahap sikap terhadap pendidikan dalam kalangan pelajar etnik Dusun Kimaragang adalah tinggi, 2) tahap daya saing dalam kalangan pelajar etnik Dusun Kimaragang adalah tinggi, 3) tahap tingkah laku ponteng dalam kalangan pelajar etnik Dusun Kimaragang adalah rendah dan 4) tidak terdapat hubungan yang signifikan antara sikap dan daya saing dengan tingkah laku ponteng dalam kalangan pelajar etnik Dusun Kimaragang di sekolah-sekolah meri menengah daerah Kota Marudu, Sabah. Dapatan kajian diharapkan membantu pengkaji, sekolah, Pejabat Pelajaran Daerah dan institusi pendidikan lain dalam usaha memahami dan menangani masalah ponteng. Dengan adanya kajian seperti ini, diharapan kajian ini dapat diperbaiki serta menjadi landasan kepada kajian-kajian yang lebih terperinci pada masa akan datang.