Tahap kesediaan pengajaran fonik prabacaan bahasa Inggeris guru prasekolah di Sabah

Kebolehan mengenal dan membunyikan huruf bahasa Inggeris melalui kaedah fonik adalah penting dalam usaha untuk memastikan kanak-kanak prasekolah dapat membaca bahan bacaan yang lebih mencabar pada masa akan datang. Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti kesediaan guru-guru prasekolah dalam melaks...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Nur Nadhirah @ Khiruzani Mat Zaid
Format: Thesis
Language:English
English
Published: 2017
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/37635/1/24%20PAGES.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/37635/2/FULLTEXT.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kebolehan mengenal dan membunyikan huruf bahasa Inggeris melalui kaedah fonik adalah penting dalam usaha untuk memastikan kanak-kanak prasekolah dapat membaca bahan bacaan yang lebih mencabar pada masa akan datang. Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti kesediaan guru-guru prasekolah dalam melaksanakan pengajaran fonik dalam prabacaan Bahasa Inggeris di Sabah. Seramai 97 guru dari tiga daerah berdasarkan penguasaan murid iaitu Kota Belud, Tambunan dan Nabawan telah dipilih. Antara aspek-aspek kesediaan yang dikaji 1) pengetahuan prosedural; 2) pengetahuan pedagogi; 3) pengetahuan penggunaan alat bantu mengajar; 4) pengurusan aktiviti pembelajaran; 5) sikap guru. Itemitem di dalam soal selidik dibina dan diubahsuai berpandukan kepada kajian Holly B. Lane (2007), Hornsby dan Wilson (2009) dalam kajian Mark B. smith (2011) dan Zahara Aziz dan Nik Azleena Nik Ismail (2007). Berdasarkan analisis deskriptif skor kesediaan guru prasekolah secara keseluruhan menunjukkan skor min daerah Kota Belud adalah tinggi berbanding Tambunan dan Nabawan. Manakala, analisis inferensi menggunakan ujian ANOVA sehala didapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara kesemua aspek dengan daerah Kota Belud dan Nabawan. Analisis Korelasi Pearson menunjukkan kesediaan aspek pengetahuan mempunyai hubungan yang signifikan dengan sikap guru-guru prasekolah di ketiga-tiga daerah. Hasil dapatan kajian ini diharapkan agar penguasaan prabacaan bahasa Inggeris murid-murid prasekolah akan lebih meningkat apabila faktor luaran dan dalaman murid di titik beratkan selain keberkesanan pengajaran guru. Akhir sekali, dicadangkan kajian masa depan dijalankan dengan membandingkan penguasaan murid dengan mengambilkira faktor persekitaran, keturunan/baka, bahasa ibunda, personaliti dan motivasi.