Faktor pengaturan kendiri sebagai pengantara pengaruh pemantauan ibu bapa, desakan rakan sebaya dan perilaku berinternat terhadap persepsi tingkah laku seksual berisiko di universiti awam

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji pengaturan kendiri sebagai pengantara pemantauan ibu bapa, desakan rakan sebaya dan perilaku berinternet terhadap persepsi tingkah laku seksual berisiko di Universiti Awam. Kaedah tinjauan melalui set soal selidik yang terdiri daripada instrumen Parental Monitorin...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Norsimah Dasan
Format: Thesis
Language:English
English
Published: 2017
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/37713/1/24%20PAGES.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/37713/2/FULLTEXT.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk mengkaji pengaturan kendiri sebagai pengantara pemantauan ibu bapa, desakan rakan sebaya dan perilaku berinternet terhadap persepsi tingkah laku seksual berisiko di Universiti Awam. Kaedah tinjauan melalui set soal selidik yang terdiri daripada instrumen Parental Monitoring Scale, Peer Pressure Inventory, Internet Sex Screening Test, Adolescent Self-Regulation Inventory dan Persepsi Tingkah laku Seksual Berisiko digunakan untuk mengumpul data. Menerusi teknik multi stage sampling, seramai 882 orang pelajar terlibat dalam kajian ini. Statistik deskriptif dan inferensi telah digunakan bagi membentangkan dapatan kajian. Data inferensi dianalisis mengunakan regresi berganda dan regresi hirarki. Hasil analisis kesan pengaruh langsung mendapati terdapat pengaruh bagi pemboleh ubah pemantauan ibu bapa, dimensi salah laku serta dimensi perbelanjaan seksual dalam talian terhadap persepsi tingkah laku seksual berisiko. Manakala dimensi salah laku, dan perbelanjaan seksual mempunyai pengaruh terhadap pengaturan kendiri jangka panjang dan pengaturan kendiri jangka pendek. Keduadua dimensi pengaturan kendiri mempunyai pengaruh terhadap persepsi tingkah laku seksual berisiko. Pengaturan kendiri bertindak sebagai pengantara dimensi salah laku terhadap persepsi tingkah laku seksual berisiko. Pengaturan kendiri juga mempunyai kesan pengantara perbelanjaan seksual dalam talian terhadap persepsi tingkah laku seksual berisiko. Dapatan kajian ini mengesahkan lagi teori kognitif sosial, teori pemantauan ibu bapa dan teori ekologi perkembangan manusia di samping penambahan literatur baru dalam konteks pelajar tempatan. Batasan kajian juga diterangkan beserta dengan cadangan kajian pada masa hadapan.