Kesan aplikasi solar hibrid (pv-diesel) sebagai elektrifikasi luar bandar terhadap sosioekonomi komuniti Pulau Banggi, Kudat, Sabah

Sistem solar hibrid (pv-diesel) merupakan gabungan antara tenaga boleh diperbaharui (tenaga solar) bersama sumber konvensional ( diesel). Penghasilan sistem ini berfungsi untuk menjana bekalan elektrik yang lebih efektif dan menjimatkan berbanding penggunaan sumber diesel semata-mata. Sistem tenaga...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Mohammad Aniq Naim Nazuan
Format: Thesis
Language:English
English
Published: 2018
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/37795/1/24%20PAGES.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/37795/2/FULLTEXT.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Sistem solar hibrid (pv-diesel) merupakan gabungan antara tenaga boleh diperbaharui (tenaga solar) bersama sumber konvensional ( diesel). Penghasilan sistem ini berfungsi untuk menjana bekalan elektrik yang lebih efektif dan menjimatkan berbanding penggunaan sumber diesel semata-mata. Sistem tenaga ini lazimnya diimplementasikan secara meluas di kawasan luar bandar yang mengalami kesukaran untuk dihubung secara talian grid seperti di Pulau Banggi. Pulau Banggi yang terletak di daerah Kudat, Sabah ini merupakan antara kawasan yang selama ini terpisah daripada menerima arus pembangunan semasa kerana masalah penyaluran bekalan elektrik yang tidak cekap. Namun pada tahun 2009, sebuah stesen sistem solar hibrid (pv-diesel) dilaksanakan bertujuan untuk menyalurkan bekalan elektrik secara 24 jam kepada penduduk. Oleh itu, kajian ini bertujuan mengkaji pengaruh sistem solar hibrid (pv-diesel) terhadap pembangunan sosioekonomi komuniti di Pulau Banggi. Lima komponen asas digunapakai dalam menilai aspek sosioekonomi iaitu aktiviti harian dan kebajikan, pendidikan, maklumat dan informasi, kesihatan serta ekonomi dan perusahaan kecil. Hasil kutipan data melalui soal selidik, temu bual, tinjauan dan pemerhatian mendapati bekalan elektrik yang disalurkan memberi kesan positif seperti meningkatkan pengetahuan semasa penduduk, membantu aktiviti memasak dan melanjutkan tempoh masa pembelajaran kanak-kanak setempat. Malah analisis statistik korelasi menggunakan Statistical Package for Science Social (SPSS) turut mendapati hubungan antara kedua-dua pembolehubah tersebut positif iaitu r=.635. Oleh itu, kemudahan bekalan elektrik yang disalurkan ini seharusnya dirancakkan lagi dengan beberapa program seperti Industri Kecil dan sederhana (IKS) dan Satu Daerah Satu Industri (SDSI) agar sektor ekonomi dan pendapatan masyarakat setempat terus meningkat. Sehubungan itu, aplikasi sistem ini merupakan usaha serampang dua mata kerajaan yang bukan sahaja membantu meningkatkan pembanguan luar bandar malah menerapkan konsep pembangunan hijau.