Sejarah pentadbiran Pengiran Abdul Rauf Pengiran Abdul Rajit ke atas sungai Tulin di Borneo Utara, 1822-1898

Kajian ini merupakan suatu penyelidikan mengenai sistem pentadbiran wilayah Tulin di Borneo Utara pada abad ke-19. Tumpuan diberi ke atas pemilikan hak wilayah Tulin Pengiran Abdul Rauf, selaku seorang penguasa dalam kerangka sistem pemerintahan dan pentadbiran tradisional Kesultanan Melayu Brunei d...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Fatmah Sidek
Format: Thesis
Language:English
English
Published: 2018
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/37796/1/24%20PAGES.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/37796/2/FULLTEXT.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini merupakan suatu penyelidikan mengenai sistem pentadbiran wilayah Tulin di Borneo Utara pada abad ke-19. Tumpuan diberi ke atas pemilikan hak wilayah Tulin Pengiran Abdul Rauf, selaku seorang penguasa dalam kerangka sistem pemerintahan dan pentadbiran tradisional Kesultanan Melayu Brunei di Borneo Utara (1822-1898). Latar belakang Pengiran Abdul Rauf dan pentadbiran wilayah Tulinnya akan dibincangkan termasuklah latar belakang sosioekonomi penduduk wilayah Tulin Pengiran Abdul Rauf. Kajian juga akan menerangkan tentang proses kejatuhan wilayah Tulin Pengiran Abdul Rauf kepada British North Borneo (Chartered) Company (SBUB) dan kewujudan wilayah Karambunai. Kajian akan berpandukan penyelidikan sumber primer seperti koleksi di Arkib Negeri Sabah, salasilah keturunan Pengiran Abdul Rauf dan dokumen surat perjanjian di Pusat Sejarah Brunei serta koleksi peribadi kepunyaan keturunan Pengiran Abdul Rauf di negeri Sabah. Kaedah temu bual juga dilakukan bagi mendapatkan maklumat tentang latar belakang Pengiran Abdul Rauf dan wilayah Tulin kepunyaannya di Borneo Utara. Hasil kajian ini akan dapat menambah koleksi pengetahuan tentang sistem pemerintahan dan pentadbiran wilayah jajahan tradisional Kesultanan Melayu Brunei sebelum berlakunya penjajahan British di Borneo Utara pada lewat abad ke-19.