Hubungan pengetahuan, sikap, sokongan dan persekitaran sekolah dengan keyakinan diri guru Sains sekolah rendah dalam penggunaan frog VLE

Penggunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran sains sedang berkembang pada kadar yang tinggi pada masa kini. Penggunaan Virtual Learning Environment (VLE) mendedahkan guru kepada aplikasi Internet dengan cara yang berkesan dan sistematik. Kajian ini membincangkan tentang hubungan antara pen...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Mainah Juran
Format: Thesis
Language:English
English
Published: 2017
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/37883/1/24%20PAGES.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/37883/2/FULLTEXT.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Penggunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran sains sedang berkembang pada kadar yang tinggi pada masa kini. Penggunaan Virtual Learning Environment (VLE) mendedahkan guru kepada aplikasi Internet dengan cara yang berkesan dan sistematik. Kajian ini membincangkan tentang hubungan antara pengetahuan, sikap, dan sokongan dan persekitaran sekolah dengan keyakinan diri guru sains dalam menggunakan VLE. Seramai 117 guru sains di Daerah Kudat terlibat dalam kajian ini. Instrumen yang digunakan adalah soal selidik daripada model SFAT3 yang telah diubah suai. Reka bentuk kajian yang digunakan ialah kuantitatif dan teknlk persampelan kajian ialah persampelan rawak. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa terdapat korelasi lemah (r=0.216) antara pengetahuan dengan keyakinan diri guru sains dalam menggunakan VLE. Selain itu, korelasi antara sikap dengan keyakinan diri guru sains dalam menggunakan VLE juga berada pada tahap yang rendah (r=0.179). Namun demikian untuk korelasi antara sokongan dan persekitaran sekolah dengan keyakinan diri guru sains dalam menggunakan VLE adalah pada tahap sederhana (r=0.57).Hasil kajian ini menunjukkan bahawa sokongan daripada pihak pentadbiran dan sekolah memainkan peranan yang lebih penting berbanding sikap dan pengetahuan guru tersebut untuk memastikan guru berkeyakinan dalam mengaplikasikan VLE dalam pengajaran dan pembelajaran sains di sekolah.