Tahap kemahiran ict dan kesediaan guru dalam pengajaran dan pembelajaran di Sekolah Menengah Kota Kinabalu, Sabah

Tujuan kajian ini adalah untuk membincangkan tahap kemahiran ICT dan kesediaan guru menggunakan teknologi maklumat berasaskan komputer dalam p & P. Perbincangan memfokuskan kepada kesediaan guru menggunakan teknologi maklumat berasaskan komputer dalam P & P menerusi tahap kemahiran ICT serta...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Abdul Razak Zakaria Norbert
Format: Thesis
Language:English
English
Published: 2009
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/37887/1/24%20PAGES.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/37887/2/FULLTEXT.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Tujuan kajian ini adalah untuk membincangkan tahap kemahiran ICT dan kesediaan guru menggunakan teknologi maklumat berasaskan komputer dalam p & P. Perbincangan memfokuskan kepada kesediaan guru menggunakan teknologi maklumat berasaskan komputer dalam P & P menerusi tahap kemahiran ICT serta penggunaan teknologi maklumat berasaskan komputer. Kedua, meninjau perbezaan dan hubungan kesediaan guru menggunakan teknologi maklumat berasaskan komputer mengikut umur, pengalaman mengajar, pengalaman mengikuti kursus komputer dalam perkhidmatan, pemilikan komputer peribadi di rumah dan pengalaman menggunakan komputer. Instrumen kajian ialah menggunakan set soal selidik. Seramai 150 guru daripada 5 buah sekolah menengah di Kata Kinabalu terlibat dalam kajian ini. Pensampelan berstrata digunakan untuk pengumpulan data. Analisis data menggunakan SPSS Versi 15.0. Ujian Alpha Cronbach dijalankan untuk menentukan kebolehpercayaan yang tinggi bagi soal selidik yang digunakan. Penganalisisan data menggunakan statistik deskriptif untuk menguji min dan sisihan piawai manakala statistik inferensi untuk Ujian-t, ANOVA Sehala dan Korelasi Pearson (r). Dapatan kajian menunjukkan tahap kemahiran ICT guru dalam P & P adalah pada tahap sederhana manakala kesediaan guru menggunakan ICT berasaskan teknologi maklumat dalam P & P adalah pada tahap tinggi. Tidak terdapat perbezaan yang signifikan pada tahap kemahiran ICT guru dan kesediaan guru menggunakan teknologi maklumat berasaskan komputer dalam P & P berdasarkan ciri-ciri demografi dan terdapatnya hubungan yang signifikan antara tahap kemahiran ICT guru dengan kesediaan guru menggunakan ICT berasaskan teknologi maklumat dalam P & P. Kajian mencadangkan agar guru-guru seharusnya bersedia dalam memahirkan diri menggunakan ICT untuk memenuhi keperluan semasa dalam penggunaan ICT komputer berasaskan teknologi maklumat dalam bidang pendidikan.