Sejarah kepemimpinan Huguan Siou dalam masyarakat Kadazandusun (1950-2011)

Tesis ini bertujuan untuk membincangkan sejarah kepemimpinan Huguan Siou (Paramount LeadetJ dalam masyarakat Kadazandusun (1950-2011). Berdasarkan kepada sejarah, ianya menunjukkan bahawa kepemimpinan Huguan Siou telah wujud sekian lama dalam konteks sistem pentadbiran tradisional masyarakat Kadazan...

全面介绍

Saved in:
书目详细资料
主要作者: Ceroliza Matin
格式: Thesis
语言:English
English
出版: 2016
主题:
在线阅读:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/37922/1/24%20PAGES.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/37922/2/FULLTEXT.pdf
标签: 添加标签
没有标签, 成为第一个标记此记录!
实物特征
总结:Tesis ini bertujuan untuk membincangkan sejarah kepemimpinan Huguan Siou (Paramount LeadetJ dalam masyarakat Kadazandusun (1950-2011). Berdasarkan kepada sejarah, ianya menunjukkan bahawa kepemimpinan Huguan Siou telah wujud sekian lama dalam konteks sistem pentadbiran tradisional masyarakat Kadazandusun. Dalam sistem politik Kesukuan masyarakat Kadazandusun, terdapat beberapa institusi seperti Orang Tua, Majlis Kampung terdiri daripada Ketua-ketua Kampung, Huguan Siou dan Bobolian yang sangat penting dalam sistem pentadbiran ini. Semasa di bawah pemerintahan BNBCC, sistem pentadbirannya menyerapkan sistem pentadbiran tradisional ke dal am pentadbiran peribumi yang di bentuk semula. Namun pentadbiran ini telah memansuhkan kepemimpinan Huguan Siou dan peranan Huguan Siou telah dihapuskan sepenuhnya menjelang tahun 1917. Menjelang kemerdekaan, status dan gelaran Huguan Siou diwujudkan bagi tujuan perpaduan dan politik. Waiau bagaimanapun, era pasca merdeka memperlihatkan kedudukan Huguan Siou menimbulkan pelbagai perspektif. Manakala dalam aspek politik, penglibatan Huguan Siou tidak sepatutnya berlaku kerana tindakan ini mengundang kekeliruan dalam memahami sejarah kepemimpinan Huguan Siou. Justeru itu, Huguan Siou hanya relevan dalam konteks kebudayaan masyarakat Kadazandusun. Pendekatan kualitatif telah digunakan untuk menjelaskan data berasaskan sumber primer, sumber sekunder dan sumber lisan. Hasil kajian ini penting untuk memahami sejarah kepemimpinan Huguan Siou.