Variasi dan perubahan dalam amalan perkahwinan komuniti Sinobu, Sukang dan Rumanau di Ulu Kinabatangan, Sabah

Perkahwinan merupakan salah satu kebudayaan yang diamalkan oleh semua masyarakat di dunia dan setiap masyarakatnya pula mempunyai cara pengamalan perkahwinan yang tersendiri. Kajian ini adalah berkenaan amalan perkahwinan oleh tiga buah komuniti iaitu Sinobu, Sukang dan Rumanau di Ulu Kinabatangan y...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Ronnie Stefhannie Nasirin
Format: Thesis
Language:English
English
Published: 2017
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/37933/1/24%20PAGES.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/37933/2/FULLTEXT.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Perkahwinan merupakan salah satu kebudayaan yang diamalkan oleh semua masyarakat di dunia dan setiap masyarakatnya pula mempunyai cara pengamalan perkahwinan yang tersendiri. Kajian ini adalah berkenaan amalan perkahwinan oleh tiga buah komuniti iaitu Sinobu, Sukang dan Rumanau di Ulu Kinabatangan yang terletak di Daerah Tongod, Sabah. Terdapat dua tujuan utama kajian ini. Pertama adalah untuk mengetahui variasi dalam amalan perkahwinan tradisional dan perubahannya dalam ketiga-tiga komuniti ini. Kedua, memahami faktor kepada perubahan yang berlaku dalam amalan perkahwinan komuniti-komuniti ini. Data kajian diperolehi melalui pendekatan etnografi yang mana melibatkan kaedah pemerhatian turut serta dan temubual secara mendalam yang dilakukan terhadap 39 orang responden yang dipilih. Sementara data sekunder pula diperoleh melalui kajian perpustakaan. Kajian ini mendapati bahawa terdapat variasi dan perubahan yang terdapat dalam amalan perkahwinan komuniti Sinobu, Sukang dan Rumanau yang dapat dilihat melalui bentuk pemilihan pasangan, amalan berian, proses perkahwinan dan bentuk petempatan selepas kahwin. Terdapat tujuh faktor kepada perubahan dalam amalan perkahwinan iaitu pengaruh agama (Kristian), perkahwinan dengan masyarakat luar Daerah Tongod, perubahan bentuk ekonomi, perkembangan dan peningkatan tahap pendidikan, pengaruh teknologi komunikasi dan media massa, migrasi serta kekangan masa dan kos perbelanjaan. Kajian ini juga mendapati bahawa komuniti yang berbeza tetapi tinggal di ekologi yang sama menggalakkan perkongsian budaya menyebabkan mereka mempunyai persamaan dalam pengamalan budaya.