Pengaruh pengajaran guru dan sikap akademik pelajar terhadap penguasaan KBAT bagi mata pelajaran Sejarah
Kajian ini dilaksanakan untuk mengenal pasti pengaruh pengajaran guru dan sikap akademik berkenaan dengan penguasaan pelajar terhadap Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam mata pelajaran Sejarah. Seramai 200 (97 pelajar lelaki dan 103 pelajar perempuan) di empat buah sekolah kawasan luar banda...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English English |
Published: |
2018
|
Subjects: | |
Online Access: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/38071/1/24%20PAGES.pdf https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/38071/2/FULLTEXT.pdf |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kajian ini dilaksanakan untuk mengenal pasti pengaruh pengajaran guru dan sikap akademik berkenaan dengan penguasaan pelajar terhadap Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam mata pelajaran Sejarah. Seramai 200 (97 pelajar lelaki dan 103 pelajar perempuan) di empat buah sekolah kawasan luar bandar (bahagian daerah Pedalaman Barat Sabah) telah dipilih iaitu SMK Pengiran Omar (Sipitang), SMK Weston (Weston), SMK Beaufort (Beaufort) dan SMK Kuala Penyu (Kuala Penyu). Hasil kajian mendapati, pelajar lelaki dan perempuan mempunyai persepsi min tahap tinggi terhadap pengajaran guru (min=3.88 pelajar lelaki, min=3.99 pelajar perempuan). Manakala, kedua-dua aliran (Aliran Sains dan Kemanusiaan) tersebut mempunyai sikap yang sama terhadap KBAT (min=3.88 aliran Sains, min=3.85 aliran Kemanusiaan). Analisis Korelasi menunjukkan guru dan pelajar saling bekerjasama dalam menyelesaikan permasalahan berkaitan KBAT. Hasil penelitian berdasarkan kepada analisis regresi menunjukkan bahawa variable sikapak ademik dan pengajaran guru mempunyai pengaruh dan signifikan terhadap KBAT pelajar. Hal ini menunjukkan, pengajaran guru mampu mengalakkan pembelajaran berpusatkan pelajar. Oleh itu, dirumuskan bahawa pengaruh pengajaran guru dan sikap akademik pelajar terhadap KBAT di kawasan luar bandar Sabah ini mampu membawa kepada perubahan dalam sisitem pendidikan negara dari segi aras pemikiran pelajar dalam menghadapi pendidikan abad ke-21. |
---|