Pengaruh pedagogi guru, sikap pelajar dan teknologi maklumat komunikasi terhadap motivasi belajar

Tumpuan kajian mengenal pasti pengaruh pedagogi guru, sikap pelajar dan teknologi maklumat komunikasi terhadap motivasi belajar. Kaedah kajian melibatkan sampel kajian sebanyak 361 orang pelajar di sekolah menengah bandar di Sabah. Instrumen digunakan ialah soal selidik yang dibahagikan kepada ciri...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Norisah Samutu
Format: Thesis
Language:English
English
Published: 2017
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/38075/1/24%20PAGES.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/38075/2/FULLTEXT.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Tumpuan kajian mengenal pasti pengaruh pedagogi guru, sikap pelajar dan teknologi maklumat komunikasi terhadap motivasi belajar. Kaedah kajian melibatkan sampel kajian sebanyak 361 orang pelajar di sekolah menengah bandar di Sabah. Instrumen digunakan ialah soal selidik yang dibahagikan kepada ciri demografi, skala pedagogi guru, skala sikap pelajar, skala teknologi maklumat komunikasi dan skala motivasi belajar. Data dianalisis menggunakan perisian SPSS for windowVersi 21 dan AMOS 21. Analisis skor min dan analisis univariat (Ujian-t, ANOVA) digunakan bagi menguji hipotesis kajian pada aras signifikan p< .05. Keputusan analisis menunjukkan tahap pedagogi guru danteknologi maklumat komunikasi di tahap memuaskan sementara sikap pelajar dan motivasi belajardi tahapamat memuaskan. Keputusan analisis juga menunjukkan terdapat perbezaan skor min pedagogi guru, sikap pelajar dan teknologi maklumat komunikasi terhadap motivasi belajar berdasarkan ciri demografi yang difokuskan. Keputusan analisis regresi (Amos) menunjukkan terdapat pengaruh positifelemen pedagogi guru melibatkan strategi pengajarandan alat bantu mengajar (R2 = 0.28), elemen sikap pelajar melibatkan diri pelajar,rakan dan persekitaran (R2 = 0.34), elemen teknologi maklumat komunikasi melibatkan komputerdan internet (R 2 = 0.19) terhadap motivasi belajar.Selain itu, keputusan analisis regresi menunjukkanpedagogi guru, sikap pelajar dan teknologi maklumat komunikasi mempunyai pengaruh yang positif terhadap motivasi belajar(R2 = 0.45). Analisis regresi model persamaan struktur (SEM) juga menunjukkan data yang digunakan dalam kajian ini mempunyai penyesuaian bagi model yang dicadangkan. Justeru membuktikan ketiga-tiga variabel bebas tersebut mempunyai pengaruh terhadap variabel bersandar kajian iaitu motivasi belajar. Oleh itu bagi merealisasikan sekolah sebagai pusat pendidikan, pelbagai perbezaan ciri demografi sampel kajian tidak harus dipinggirkan kerana bertindak sebagai pelaksana dalam motivasi belajar di samping turut melihat kepentingan pedagogi guru, sikap pelajar dan teknologi maklumat komunikasi sebagaifaktor yang mampu menyumbangkan pengaruh terhadap motivasi belajardi sekolah menengah bandar di Sabah.