Isu 'perhambaan' dalam industri kapas di Uzbekistan (1990-2014)

Kajian ini bertujuan untuk memahami industri pengeluaran kapas ( 'white gold') di Uzbekistan semasa era Presiden Islam Karimov dari tahun 1990 hingga 2014, dan perkaitannya dengan isu 'perhambaan' yang wujud. Ia cuba untuk menganalisis industri pengeluaran kapas sebagai tonggak d...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Anita Anak Nira
Format: Thesis
Language:English
English
Published: 2017
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/38303/1/24%20PAGES.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/38303/2/FULLTEXT.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk memahami industri pengeluaran kapas ( 'white gold') di Uzbekistan semasa era Presiden Islam Karimov dari tahun 1990 hingga 2014, dan perkaitannya dengan isu 'perhambaan' yang wujud. Ia cuba untuk menganalisis industri pengeluaran kapas sebagai tonggak dasar ekonomi Islam Karimov, dan sejauhmana guna tenaga telah digunakan dalam industri ini. Kajian mendapati bahawa industri pengeluaran kapas ini telah mencabar kehidupan rakyat Uzbekistan, terutamanya kanak-kanak, apabila mereka dipaksa bekerja, kadang-kadang dalam keadaan yang melampau, untuk mencapai sasaran dan kejayaan ekonomi. Pelbagai pihak antarabangsa tampil dan mendakwa bahawa pengeksploitasian buruh ini sebagai suatu bentuk perhambaan, kerana ianya melanggar undang-undang antarabangsa. Waiau bagaimanapun, usaha pelbagai pihak dan tekanan antarabangsa sedikit sebanyak memberi impak kepada penggunaan buruh paksa dalam industri kapas Uzbekistan, namun isu penggunaan buruh paksa terutamanya buruh kanak-kanak masih mendapat kritikan berterusan. Kajian ini bergantung kepada sumber utama seperti dokumen, laporan dan statistik kerajaan, surat khabar, dokumentari dan laporan daripada pertubuhan-pertubuhan antarabangsa.