Hubungan antara beban tugas guru dengan motivasi kerja dalam kalangan guru sekolah rendah di daerah Tenom

Kajian ini bertujuan untuk menentukan perbezaan beban tugas dan motivasi kerja guru berdasarkan ciri-ciri demografi responden iaitu jantina, taraf pendidikan dan pengalaman mengajar. Kajian juga bertujuan untuk menentukan hubungan antara beban tugas guru dengan motivasi kerja. Sampel kajian terdiri...

وصف كامل

محفوظ في:
التفاصيل البيبلوغرافية
المؤلف الرئيسي: Felix Toisang
التنسيق: أطروحة
اللغة:English
English
منشور في: 2013
الموضوعات:
الوصول للمادة أونلاين:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/38325/1/ABSTRACT.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/38325/2/FULLTEXT.pdf
الوسوم: إضافة وسم
لا توجد وسوم, كن أول من يضع وسما على هذه التسجيلة!
الوصف
الملخص:Kajian ini bertujuan untuk menentukan perbezaan beban tugas dan motivasi kerja guru berdasarkan ciri-ciri demografi responden iaitu jantina, taraf pendidikan dan pengalaman mengajar. Kajian juga bertujuan untuk menentukan hubungan antara beban tugas guru dengan motivasi kerja. Sampel kajian terdiri daripada 100 orang guru yang berkhidmat di empat buah sekolah rendah kebangsaan gred A yang mempunyai pelajar lebih daripada 300 orang di daerah Tenom. Data kajian dianalisis menggunakan kaedah ujian-T, ujian ANOVA sehala dan ujian Korelasi Pearson. Keputusan ujian menunjukkan tahap beban tugas dan motivasi kerja yang dihadapi oleh guru-guru di sekolah adalah tinggi iaitu dengan min masing-masing 3.33 dan 3.42. Dapatan kajian menunjukkan bentuk beban tugas guru yang paling tingqi ialah beban tugas akademik rutin dengan min 3.55, diikuti beban tugas bukan akademik rutin 3.43, beban tugas akademik bermusim 3.27 dan beban tugas bukan akademik bermusim 3.24. Keputusan ujian-T dan ujian ANOVA sehala ke atas beban tugas guru menunjukkan tidak terdapat perbezaan beban tugas yang signifikan berdasarkan faktor jantina dan pengalaman mengajar. Keputusan ujian-T dan ujian ANOVA sehala ke atas motivasi kerja pula menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan berdasarkan faktor jantina, taraf pendidikan dan pengalaman mengajar. Manakala keputusan ujian korelasi antara beban tugas guru dengan motivasi kerja menunjukkan terdapat hubungan lemah (0.232) yang signifikan antara beban tugas guru dengan motivasi kerja.