Nilai budaya dalam ritual kelahiran dan ritual kematian etnik banjar di Tawau, Sabah

Ritual merupakan tatacara dalam upacara yang diamalkan secara umumnya oleh semua masyarakat di dunia. Tesis yang menggunakan perspektif budaya Banjar ini mempunyai dua tujuan utama. Pertama, memahami amalan dalam proses pelaksanaan adat resam tradisional Banjar dalam ritual kelahiran dan ritual kema...

全面介紹

Saved in:
書目詳細資料
主要作者: Nursyafiqah Mahfudz
格式: Thesis
語言:English
English
出版: 2016
主題:
在線閱讀:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/38344/1/24%20PAGES.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/38344/2/FULLTEXT.pdf
標簽: 添加標簽
沒有標簽, 成為第一個標記此記錄!
實物特徵
總結:Ritual merupakan tatacara dalam upacara yang diamalkan secara umumnya oleh semua masyarakat di dunia. Tesis yang menggunakan perspektif budaya Banjar ini mempunyai dua tujuan utama. Pertama, memahami amalan dalam proses pelaksanaan adat resam tradisional Banjar dalam ritual kelahiran dan ritual kematian. Kedua, memahami nilai yang telah mendasari amalan-amalan dalam adat resam tradisional komuniti Banjar. Perbincangan ini diasaskan kepada kajian yang dilakukan di Kg. Jawa yang terletak di daerah Tawau, Sabah selama enam bulan pada tahun 2014 yang menggunakan kaedah temubual secara mendalam dengan menggunakan teknik 'snowball sampling' iaitu informan diminta untuk mencadangkan informan lain yang mempunyai maklumat untuk memenuhi objektif kajian iaitu seramai 10 orang informan yang terdiri daripada lelaki dan wanita Banjar telah dipilih. Selain daripada temubual secara mendalam, penyelidik juga turut menggunakan kaedah pemerhatian turut serta bersama dengan temubual informal bagi mendapatkan data yang lebih terperinci. Bagi pengutipan data sekunder pula, ianya melibatkan kajian perpustakaan dengan menggunakan sumber rujukan daripada mana-mana bahan bercetak ataupun bahan eletronik. Hasil daripada kajian ini mendapati terdapat beberapa nilai masyarakat Banjar seperti nilai menghormati, nilai bertanggungjawab, nilai memberi nasihat dan nilai menyayangi telah mempengaruhi amalan di dalam ritual-ritual yang mereka lakukan.