Manifestasi lukisan kanak-kanak lingkungan umur 7-12 tahun

Kajian ini berkisar pada lukisan kanak-kanak lingkungan 7 hingga 12 tahun dalam mengaplikasikan rupa dan mentafsir tahap kematangan mereka melalui representasi tema berdasarkan objek rangsangan iaitu sebuah rumah dan sebiji bola.Dalam dunia pendidikan, sekolah rendah merupakan tahap terpenting dalam...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Chin, Thien Kong @ Jhonny Apong
Format: Thesis
Language:English
English
Published: 2017
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/38345/1/24%20PAGES.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/38345/2/FULLTEXT.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini berkisar pada lukisan kanak-kanak lingkungan 7 hingga 12 tahun dalam mengaplikasikan rupa dan mentafsir tahap kematangan mereka melalui representasi tema berdasarkan objek rangsangan iaitu sebuah rumah dan sebiji bola.Dalam dunia pendidikan, sekolah rendah merupakan tahap terpenting dalam pendidikan formal seorang kanak-kanak.Walau bagaimanapun, pada kebelakangan ini, kelemahan akademik dan prestasi para pelajar di sekolah rendah menjadi isu masyarakat yang serius.Kajian ini adalah untuk menyelidiki dan memberi penjelasan bagaimana kanak-kanak menginterpretasi rupa dan bentuk dalam lukisan mereka agar dapat menggambarkan perkembangan kematangan mereka.Kajian ini juga penting kepada ibu bapa agar peka terhadap keupayaan anak-anak mereka serta dapat mengetahui tahap kematangan perkembangan emosi mereka.Kajian memfokuskan kewujudan rupa organik, rupa geometri dan rupa mukataip serta memastikan kategori rupa tersebut dihasilkandalam satu dimensi, dua dimensi dan tiga dimensi mengikut peringkat umur.Tahap kematangan kanak-kanak juga diukur mengikut tahap umur dan jantina.Responden dalam kajian ini melibatkan 144 orang murid yang dipilih secara rawak dari 4 buah sekolah rendah di daerah Kata Belud.Sekolah yang dipilih adalah mengikut zon seperti yang telah ditetapkan Pejabat Pendidikan Daerah iaitu Zan Timur, Zan Barat, Zan Utara dan Zan Selatan. Setiap satu sekolah dipilih secara rawak dari setiap empat zon tersebut, iaitu Sekolah Rendah Kebangsaan Piasau dari Zan Timur, Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (C) Chung Hwa dari Zan Barat, Sekolah Rendah Kebangsaan Taun Gusi dari Zan Utara, dan Sekolah Rendah Kebangsaan Taginambur dari Zan Selatan. Kaedah kuantitatif digunakan secara keseluruhan terhadap data skor lukisan manakala kaedah kuantitatif hanya digunakan dalam penkategorian rupa organic dan rupa geometrik. Instrumen kajian melibatkan dua set kertas lukisan yang telah disediakan oleh pengkaji iaitu set pertama mengandungi sebuah rumah dan set kedua mengandungi sebiji bola sebagai rangsangan. Set lukisan rangsangan rumah diedarkan kepada responden terlebih dahulu sebagai Ujian 1 dan disusuli set lukisan rangsangan bola sebagai Ujian 2 selepas seminggu dari tempoh Ujian 1 dijalankan. Lukisan yang telah disiapkan oleh responden dianalisis mengikut kriteria penilaian skala markah 4 (Cemerlang), 3 (Memuaskan), 2 (Baik) dan 1 (Lemah).Rumusan kajian telah dapat menjawab soalan kajian iaitu dengan membuktikan terdapatnya tiga jenis rupa dalam lukisan kanak-kanak seawal 7 tahun iaitu rupa organik, rupa geometri dan rupa mukataip satu dan dua dimensi .Seterusnya, kematangan umur kanak-kanak memainkan peranan utama dalam menentukan keupayaan mereka melukis. Lebih lanjut usia seseorang kanak-kanak, maka lebih mahir dan berkemampuan kanak-kanak tersebut dalam merepresentasi tema lukisan. Akhir sekali, kajian merumuskan bahawa kejantinaan kanak-kanak bukanlah ukuran terhadap kematangan mereka yang berumur 7 hingga 12 tahun dalam menentukan tema dan rupa dalam lukisan.Dapatan kajian juga diharap dapat membantu pihak Kementerian Pendidikan Malaysia, untuk merancang satu bentuk pelan tindakan yang terperinci yang merangkumi garis panduan dan demi meningkatkan kecemerlangan akademik dan sahsiah kanak-kanak.