Teknik solekan kesan khas (SFX) dalam filem seram di Malaysia

Kajian ini menfokuskan kepada filem-filem seram dengan membuat penelitian kesesuaian teknik solekan kesan khas (SFX) terhadap adegan-adegan seram melalui filem-filem seram terpilih. Analisis secara terperinci adalah berdasarkan kepada dua teori iaitu teori warna Munsell yang diperkenalkan oleh Alber...

全面介紹

Saved in:
書目詳細資料
主要作者: Zuzela @ Ela Mohamed
格式: Thesis
語言:English
English
出版: 2017
主題:
在線閱讀:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/38350/1/24%20PAGES.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/38350/2/FULLTEXT.pdf
標簽: 添加標簽
沒有標簽, 成為第一個標記此記錄!
實物特徵
總結:Kajian ini menfokuskan kepada filem-filem seram dengan membuat penelitian kesesuaian teknik solekan kesan khas (SFX) terhadap adegan-adegan seram melalui filem-filem seram terpilih. Analisis secara terperinci adalah berdasarkan kepada dua teori iaitu teori warna Munsell yang diperkenalkan oleh Albert Henry Munsell (1858- 1918) dan teori mimesis Plato yang diperkenalkan oleh Plato (428-348SM) mengkhusus kepada adegan seram. Kajian ini berlatarkan dua buah filem seram di Malaysia yang dipilih iaitu Jangan Pandang Belakang (2007) dan Penanggal (2013) sebagai bahan kes. Data primer diperolehi melalui pemerhatian secara berterusan terhadap filem seram terpilih dan melihat setiap karakter serta penelitian setiap jenis solekan yang digunakan dalam setiap adegan seram. Selain itu juga, maklumat mengenai teknik SFX diperolehi menerusi temuramah dengan jurusolek profersional solekan SFX Data sekunder lain juga diperolehi dari pada jurnal, buku, internet, bahan penerbitan dari Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), majalah, akhbar dan kertas kerja daripada para penyelidik terdahulu. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa dua buah filem seram terbabit telah berlandaskan kepada teori warna oleh Albert Henry Munsell (1858-1918) dan juga teori mimesis Plato (428- 348SM) telah memberi impak yang jelas terhadap tahap menyeramkan dan menakutkan kepada audiens dan mempengaruhi keberkesanan sesebuah cerita seram. Melalui kajian ini juga diharapkan para jurusolek SFX dapat memahami dan seterusnya mengetahui teknik solekan SFX mengikut kesesuaian karaktor watak sesebuah adegan seram.