Kesan warna licau dan engobe terhadap seramik menggunakan batu Sungai Moyog

Penghasilan warna licau dan engobe merupakan satu penemuan baru dalam penghasilan warna menggunakan bahan semula jadi iaitu Batu Sungai Moyog yang terdapat di Kampung Penampang, Sa bah. Penyelidikan ini adalah bertujuan untuk mengenal pasti kesan atau tindak balas warna licau dan engobe yang terhasi...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Nor Asmidayu Mohamad Fauzi
Format: Thesis
Language:English
English
Published: 2016
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/38355/1/24%20PAGES.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/38355/2/FULLTEXT.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Penghasilan warna licau dan engobe merupakan satu penemuan baru dalam penghasilan warna menggunakan bahan semula jadi iaitu Batu Sungai Moyog yang terdapat di Kampung Penampang, Sa bah. Penyelidikan ini adalah bertujuan untuk mengenal pasti kesan atau tindak balas warna licau dan engobe yang terhasil menggunakan formula "Line Blend' terhadap dua permukaan berbeza, iaitu tanah liat dan porselin. Penyelidikan ini juga bertujuan untuk mengkaji kesesuaian warna licau dan engobe terhadap beberapa permukaan produk seramik seperti porselin dan earthenware. la merangkumi aspek bahan, teknik aplikasi dan jenis oksida (oxide) yang terdapat dalam agen warna serbuk batu sungai Moyog. Pengkaji menggunakan kaedah kualitatif dan uji kaji makmal seperti membuat pemerhatian terhadap batu-batu yang terdapat di sekitar kawasan lapangan, menemu bual beberapa orang informan, merekod gambar dan data kajian serta memproses bahan uji kaji dan membuat analisis berkaitan keputusan uji kaji selepas pembakaran. Eksperimen awal menggunakan sampel dari batu Sungai Moyog telah dijalankan dengan cara mengaplikasi bahan uji kaji pada permukaan test pieces yang telah dihasilkan. Hal ini adalah untuk mengenal pasti jenis warna yang terhasil selepas pembakaran. Kesimpulannya, kajian yang dilaksanakan dapat membantu dari segi pembelajaran tentang proses-proses serta cara bagaimana untuk menghasilkan evolusi warna licau dan engobe dalam industri seramik dengan menggunakan bahan semula jadi seperti Batu Sungai Moyog.