Suatu analisis awal terhadap pengurusan program bina insan guru dalam membina sahsiah guru pelatih

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti pelaksanaan pengurusan program Bina Insan Guru (BIG) membantu dalam pembinaan sahsiah guru pelatih. Kajian ini juga bertujuan untuk mengkaji faktor rakan sebaya, jurulatih dan motivasi mempengaruhi guru pelatih dalam program BIG. Data-data diperolehi melalui...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Sukran Nalamin
Format: Thesis
Language:English
English
Published: 2005
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/38516/1/24%20PAGES.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/38516/2/FULLTEXT.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti pelaksanaan pengurusan program Bina Insan Guru (BIG) membantu dalam pembinaan sahsiah guru pelatih. Kajian ini juga bertujuan untuk mengkaji faktor rakan sebaya, jurulatih dan motivasi mempengaruhi guru pelatih dalam program BIG. Data-data diperolehi melalui instrumen soal selidik yang dijalankan terhadap 60 guru pelatih yang mengikuti Kursus Perguruan Lepasan Ijazah di Maktab Perguruan Tawau. Seterusnya data-data dianalisis secara statistik deskriptif dan inferensi melalui Ujian-t dan Korelasi Pearson. Kajian ini dilaksanakan berdasarkan Model Bina Insan Guru (KPM,2001) sebagai kerangka konseptual. Pengurusan program BIG ditinjau terhadap hubungan dan keberkesanannya dalam membina sahsiah. Hasil kajian menunjukkan bahawa program BIG mewujudkan hubungan yang positif dan signifikan dengan pembinaan sahsiah. Hasil kajian juga menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara program BIG dalam membina sahsiah guru pelatih dengan faktor rakan sebaya, jurulatih dan motivasi