Pengaruh gaya keibubapaan terhadap stres akademik : kecerdasan emosi sebagai moderator

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji pengaruh gaya keibubapaan ( autoritarian, autoritatif dan permisif) terhadap stres akademik dalam kalangan pelajar sekolah menengah. Selain itu, kajian ini turut mengkaji kecerdasan emosi sebagai moderator dalam hubungan antara gaya keibubapaan dengan stres akadem...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Abdul Adib Asnawi
Format: Thesis
Language:English
English
Published: 2019
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/38522/1/24%20PAGES.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/38522/2/FULLTEXT.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk mengkaji pengaruh gaya keibubapaan ( autoritarian, autoritatif dan permisif) terhadap stres akademik dalam kalangan pelajar sekolah menengah. Selain itu, kajian ini turut mengkaji kecerdasan emosi sebagai moderator dalam hubungan antara gaya keibubapaan dengan stres akademik. Kajian ini berbentuk kuantitatif dengan menggunakan kaedah tinjauan melalui borang soal selidik dalam mengumpulkan data. Seramai 533 orang pelajar tingkatan empat dari enam buah sekolah sekitar daerah Kota Kinabalu, Sabah telah terpilih menjadi responden dalam kajian ini dengan menggunakan pensampelan rawak mudah. Satu set borang soal selidik telah digunakan, terdiri daripada Parental Authority Questionnaire (PAQ) untuk mengukur gaya keibubapaan, Academic Stress Scale (ASS) untuk mengukur stres akademik dan the Assessing Emotions Scale (AES) untuk mengukur kecerdasan emosi dalam kalangan pelajar. Data yang diperoleh dianalisis mengikut susunan hipotesis dengan menggunakan dua jenis ujian iaitu ujian regresi pelbagai metod stepwise dan ujian regresi hierarki dengan menggunakan perisian IBM Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) versi 24. Hasil keputusan menunjukkan gaya keibubapaan autoritarian memberi pengaruh secara signifikan dan positif kepada stres akademik dalam kalangan pelajar dengan nilai sumbangan sebanyak 1.2 peratus varians. Meskipun nilai sumbangan varians adalah kecil, gaya keibubapaan autoritarian masih memberi kesan kepada stres akademik pelajar. Sebaliknya, gaya keibubapaan autoritatif dan permisif pula tidak memberi pengaruh secara signifikan kepada stres akademik pelajar. Manakala, hasil analisis ujian regresi hierarki pula menunjukkan bahawa kecerdasan emosi tidak bertindak sebagai moderator dalam ketiga-tiga gaya keibubapaan terhadap stres akademik dalam kalangan pelajar. Implikasinya, hasil dapatan kajian ini amat berguna khususnya kepada golongan ibu bapa dalam mengaplikasikan gaya keibubapaan yang sesuai terutama apabila menyentuh berkaitan akademik anak-anak kerana pendekatan yang kurang sesuai akan memberi kesan jangka panjang kepada psikologi pelajar.