Analisis estetika objek budaya dalam adat tinauh masyarakat Murut Tahol di Sapulut Sabah

Penulisan tesis ini memperlihatkan satu penyelidikan tentang analisis estetika peralatan budaya dalam adat T inauh yang diamalkan oleh masyarakat Murut Tahol di Sabah. Amalan budaya warisan ini mempunyai keunikan melalui reka bentuk dan motif peralatan budaya yang menampilkan keindahan yang amat men...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Muhamed Fauzi Haji Alwee
Format: Thesis
Language:English
English
Published: 2019
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/38538/1/24%20PAGES.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/38538/2/FULLTEXT.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Penulisan tesis ini memperlihatkan satu penyelidikan tentang analisis estetika peralatan budaya dalam adat T inauh yang diamalkan oleh masyarakat Murut Tahol di Sabah. Amalan budaya warisan ini mempunyai keunikan melalui reka bentuk dan motif peralatan budaya yang menampilkan keindahan yang amat menarik untuk diselidiki. Fokus penyelidikan adalah mengenal pasti pencirian adat dan kepercayaan, bahan dan peralatan budaya, serta menganalisa bahan dan peralatan budaya adat tinauh dalam konteks ciri estetika upacara tinauh masyarakat Murut Tahol. Dalam peralatan budaya adat tinauh dibahagikan kepada tiga, iaitu peralatan budaya dalam berian, peralatan budaya dalam hiasan pelamin dan peralatan budaya dalam pakaian tradisional pengantin. Ketiga-tiga jenis peralatan tersebut akan dianalisis berdasarkan ciri estetika iaitu teori Beardsley (1982) dan teori Vitruvius . Terdapat tiga tahap dalam pendekatan teori Beardsley iaitu kesatuan, kompleksiti dan juga intensiti atau makna manakala dalam teori Vitruvius mempunyai tiga tahap iaitu susunan, imbangan dan harmoni. Hasil daripada gabungan pendekatan kedua-dua teori tersebut maka wujudlah gabungan teori yang digunakan oleh pengkaji untuk mengkaji nilai estetika melalui ciri harmoni, ciri imbangan, ciri kesatuan dan ciri bermakna. Setiap ciri yang terdapat dalam reka bentuk dan motif peralatan tersebut telah dihuraikan mengikut pandangan visual, iaitu unsur-unsur seni seperti garisan, jalinan, rupa, bentuk, ruang dan warna. Selain itu, objek budaya tersebut turut dihuraikan mengikut ciri estetika yang digambarkan dalam kehidupan masyarakat Murut Tahol yang bersangkut paut dengan budaya hidup yang merangkumi adat resam dan kepercayaan nilai-nilai tradisi yang telah diwarisi. Kaedah yang digunakan adalah eksploratori penyelidikan dan menggunakan kaedah kerja lapangan melalui pemerhatian, temu bual dan catatan untuk mengumpul data dan maklumat penyelidikan. Secara kesimpulannya, penyelidikan ini menghasilkan satu analisis estetika dan kearifan tempatan Murut Tahol dalam amalan adat perkahwinan T inauh berdasarkan objek budaya dalam berian, pelamin dan juga pakaian tradisional pengantin masyarakat Murut Tahol di Sapulut Sabah.