Sejarah amalan perhambaan di Borneo Utara 1800-1941

Kajian mengenai sejarah perhambaan ini bertujuan untuk menilai aktiviti perhambaan di Borneo Utara dari tempoh 1800-1941 dan faktor yang menyebabkan tercetusnya dasar penghapusan oleh North Borneo Company (NBC)). Penyelidikan ini banyak berpandukan kepada maklumat yang diperolehi daripada sumber pri...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Aping Sajok
Format: Thesis
Language:English
English
Published: 2017
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/38696/1/24%20PAGES.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/38696/2/FULLTEXT.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian mengenai sejarah perhambaan ini bertujuan untuk menilai aktiviti perhambaan di Borneo Utara dari tempoh 1800-1941 dan faktor yang menyebabkan tercetusnya dasar penghapusan oleh North Borneo Company (NBC)). Penyelidikan ini banyak berpandukan kepada maklumat yang diperolehi daripada sumber primer seperti akhbar, diari, rekod kerajaan, laporan tahunan, surat persendirian, dokumen parlimen, dan laporan badan antarabangsa. Kajian mendapati bahawa perhambaan di Borneo Utara dimanifestasikan dalam dua bentuk iaitu sistem perhambaan tradisional yang diamalkan turun-temurun oleh penduduk peribumi, dan sistem perhambaan moden seperti sistem buruh kontrak dan sistem Mui Tsai rentetan badan antarabangsa yang menyatakan terma dan amalan kedua-duanya sebagai suatu perhambaan yang perlu dihapuskan. Penghapusan kepada semua bentuk perhambaan telah dilakukan melalui penguatkuasaan undang-undang ekoran daripada pengaruh keadaan semasa seperti tekanan antarabangsa, perbezaan budaya dan persepsi terhadap makna perhambaan itu sendiri, dan atas kepentingan dan kelangsungan ekonomi.