Fungsi dan peranan bandar kecil di Sabah: Kajian kes bandar kecil Kota Murudu
Bandar kecil di negeri Sabah memainkan fungsi dan peranan penting sebagai pusat perkhidmatan kepada masyarakat di peringkat hierarki penempatan di kawasan luar bandar. Seiring dengan perkembangan pembangunan semasa, bandar kecil di negeri Sabah kini telah mengalami revolusi perkembangan dan perubaha...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English English |
Published: |
2019
|
Subjects: | |
Online Access: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/38772/1/24%20PAGES.pdf https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/38772/2/FULLTEXT.pdf |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Bandar kecil di negeri Sabah memainkan fungsi dan peranan penting sebagai pusat perkhidmatan kepada masyarakat di peringkat hierarki penempatan di kawasan luar bandar. Seiring dengan perkembangan pembangunan semasa, bandar kecil di negeri Sabah kini telah mengalami revolusi perkembangan dan perubahan guna tanah serta fungsi dan peranannya akibat daripada faktor globalisasi pada masa kini, walaupun pada kadar yang perlahan. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk menilai fungsi dan peranan bandar kecil dengan memilih bandar kecil Kota Marudu sebagai kawasan kajian. Metodologi kajian yang digunakan dalam kajian ini adalah kaedah pemerhatian, temu bual, rujukan buku dan artikel serta laporan jabatan kerajaan mengenalpasti fungsi dan peranan serta perubahan guna tanah bandar kecil Kota Marudu. Manakala analisis kajian yang digunakan ialah menggunakan analisis statistik deskriptif menggunakan aplikasi Statistical Package for Social Science (SPSS), analisis refleksi dan analisis tindan lapis (over layer) menggunakan aplikasi Geography Information System (GIS). Hasil daripada kajian ini menunjukkan bandar kecil Kota Marudu telah mengalami perubahan yang sangat ketara daripada tahun 2006 sehingga 2016 berbanding daripada tahun 1996 sehingga tahun 2006. Manakala antara fungsi dan peranan bandar kecil Kota Marudu adalah seperti pusat penawaran barangan dan perkhidmatan asas (peringkat rendah dan sederhana), pusat pengumpulan dan pemasaran hasil pertanian, pusat penawaran pelbagai peralatan pertanian, menyediakan peluang pekerjaan dalam sektor kedua dan ketiga (bukan pertanian), dan penghubung antara penduduk desa dengan perkhidmatan bandar. Hasil kajian ini juga mendapati bahawa fungsi dan peranan bandar kecil Kota Marudu telah mengalami peralihan daripada hanya menyediakan penawaran fungsi order rendah kepada menyediakan penawaran fungsi order sederhana dan tinggi. Seterusnya faktor mempengaruhi perkembangan bandar kecil Kota marudu adalah penumpuan pembangunan oleh kerajaan, pertambahan penduduk, kedudukan bandar kecil Kota Marudu, dan pengangkutan dan perhubungan. Kekuatan bandar kecil Kota Marudu yang membawa kepada pembangunan pada masa hadapan adalah kedudukan yang strategik, pertumbuhan penduduk, kepelbagaian penawaran barangan dan perkhidmatan, penumpuan pembangunan oleh kerajaan. Hasil kajian ini dapat membantu para penyelidik akan datang untuk lebih memahami fungsi dan peranan bandar kecil di negeri Sabah, serta menjadi rujukan dalam membuat kajian berkenaan dengan hieraki fungsi dan peranan bandar kecil di Sabah. Selain itu kajian ini dapat membantu pihak berkuasa tempatan dan kerajaan negeri Sabah dalam membuat perancangan dan penggubalan dasar-dasar pembangunan bandarbandar kecil di negeri Sabah pada masa hadapan. |
---|