Motif ekspatriasi: Suatu kajian dalam kalangan ekspatriat akademik di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

Kajian ini bertujuan mengenalpasti motif yang dipertimbangkan oleh ekspatriat akademik untuk berekspatriat secara umumnya ke Malaysia dan secara khususnya ke Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dengan bersandarkan kepada kerangka konseptual yang diperkenalkan oleh Thorn (2009). Kaedah kual...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Muhammad Safuan Yusoff
Format: Thesis
Language:English
English
Published: 2014
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/38914/1/24%20PAGES.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/38914/2/FULLTEXT.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan mengenalpasti motif yang dipertimbangkan oleh ekspatriat akademik untuk berekspatriat secara umumnya ke Malaysia dan secara khususnya ke Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dengan bersandarkan kepada kerangka konseptual yang diperkenalkan oleh Thorn (2009). Kaedah kualitatif melalui kajian kes terhadap tiga puluh orang ekspatriat akademik di UIAM terlibat secara sukarela untuk ditemubual dengan menggunakan kaedah temubual semi struktur. Statistik deskriptif berkaitan demografi responden dianalisa menggunakan perisian computer Statistical Package for Social Sciences (SPSS) versi 21.0. Hasil dapatan penyelidikan mendapati terdapat tujuh motif utama telah ditemui yang mana enam daripadanya selaras dengan kerangka konseptual yang di gunakan iaitu budaya dan pengembaraan, kerjaya, ekonomi, perhubungan kekeluargaan, persekitaran politik, kualiti hidup dan prinsip moral. Prinsip moral merupakan penemuan baru kajian yang merujuk kepada falsafah, visi dan misi UIAM sebagai tempat membina kerjaya, status Malaysia sebagai sebuah negara Islam, budaya bermuzakarah ilmu yang menjadi sunnah masyarakat Islam, kepercayaan agama Islam yang menjadi tunggak amalan kehidupan dan kemudahan komuniti akademik ekspatriat Muslim untuk mendapatkan makanan halal di negara ini menjadi motif pemilihan UIAM. Motif memperkasa pembangunan kerjaya, meningkatkan ekonomi, menjalin silaturahim perhubungan, menaikkan taraf dan kualiti hidup, persepsi individu berhubung politik dan pegangan hidup individu dijadikan fokal kepada perbincangan serta dijadikan sebagai daya penarik pemilihan Malaysia sebagai negara dalam membangunkan kerjaya di UIAM. Alasan yang diberikan oleh ekspatriat akademik dalam melakukan ekspatriasi adalah disebabkan ketidakpuasan hati mereka dengan situasi negara asal yang dikaitkan dengan budaya dan pengembaraan, kerjaya, ekonomi, perhubungan kekeluargaan, kualiti hidup dan persekitaran politik yang menjadi motif responden melakukan keputusan untuk memperolehi peluang yang lebih baik di luar negara. Kajian ini memberikan sumbangan kepada Kementerian Pengajian Tinggi dan Pengurusan Tertinggi UIAM dalam merangka pelbagai dasar bagi mencari jalan penyelesaian menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh ekspatriat akademik, sekaligus menggalakkan kakitangan antarabangsa terus berkhidmat di UIAM. Halatuju penyelidikan masahadapan turut dibincangkan.