Hubungan antara gaya pembelajaran dan penaakulan saintifik dengan pencapaian dalam fizik pelajar tingkatan empat

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti hubungan antara gaya pembelajaran dan penaakulan saintifik dengan pencapaian dalam Fizik pelajar tingkatan empat. Sampel seramai 178 pelajar yang dipilih secara pensampelan rawak mudah. Kajian yang dijalankan merupakan kajian tinjauan dengan menggunakan pend...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Jumarni Jusuf
Format: Thesis
Language:English
English
Published: 2014
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/38936/1/24%20PAGES.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/38936/2/FULLTEXT.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti hubungan antara gaya pembelajaran dan penaakulan saintifik dengan pencapaian dalam Fizik pelajar tingkatan empat. Sampel seramai 178 pelajar yang dipilih secara pensampelan rawak mudah. Kajian yang dijalankan merupakan kajian tinjauan dengan menggunakan pendekatan kuantitatif, data dianalisis menggunakan Program Statistical Package for Social Sciences (SPSS) versi 21.0. Soal selidik gaya pembelajaran yang digunakan dibina oleh Reid (1984). Ujian bertulis disediakan untuk mengukur tahap penaakulan saintifik berdasarkan instrumen Classroom Test of Scientific Reasoning (CTSR) dan soalan ujian pencapaian Fizik. Berdasarkan analisis deskriptif didapati gaya pembelajaran paling dominan adalah Kecekatan tangan, tahap penaakulan saintifik pada tahap rendah dan tahap pencapaian Fizik adalah pada tahap baik. Analisis inferensi untuk ujian-t didapati hanya gaya pembelajaran Auditori yang mempunyai perbezaan signifikan mengikut jantina sedangkan untuk penaakulan saintifik dan pencapaian Fizik, didapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan mengikut jantina. Analisis ANOVA sehala didapati terdapat perbezaan gaya pembelajaran Kecekatan tangan mengikut taraf pendidikan ibu, terdapat perbezaan gaya pembelajaran Visual mengikut anggaran pendapatan keluarga dan terdapat perbezaan pencapaian Fizik mengikut taraf pendidikan ibu bapa. Analisis Korelasi Pearson didapati setiap gaya pembelajaran tidak mempunyai hubungan yang signifikan dengan pencapaian Fizik. Namun, didapati hubungan yang signifikan antara penaakulan saintifik dengan pencapaian Fizik tetapi kekuatan hubungan yang sangat lemah. Implikasi jangka panjang daripada dapatan adalah diharapkan berlakunya pencapaian dalam Fizik yang lebih baik di sekolah-sekolah menengah kajian apabila guru dapat memahami gaya pembelajaran dan penaakulan saintifik mengikut sosiobudaya pelajar di sekolah-sekolah terbabit. Akhir sekali, dicadangkan kajian yang sama dapat dibuat pada sekolah-sekolah menengah di daerah lain yang berbeza latar sosiobudaya dan lokasinya untuk melihat sejauhmana gaya pembelajaran dan penaakulan saintifik mempengaruhi pencapaian pelajar Fizik.