Sejarah penglibatan buruh tempatan dalam sektor perladangan di Borneo Utara : 1881-1941

Kajian sejarah perburuhan ini merupakan kajian yang menjurus kepada penglibatan buruh-buruh tempatan dalam sektor perladangan di Borneo Utara semasa pentadbiran British North Borneo Chartered Company (BNBCC). Kajian ini bertujuan untuk mengkaji mengapa berlakunya perubahan dalam trend kepenggunaan b...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Reany Koton
Format: Thesis
Language:English
English
Published: 2013
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/38953/1/24%20PAGES.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/38953/2/FULLTEXT.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian sejarah perburuhan ini merupakan kajian yang menjurus kepada penglibatan buruh-buruh tempatan dalam sektor perladangan di Borneo Utara semasa pentadbiran British North Borneo Chartered Company (BNBCC). Kajian ini bertujuan untuk mengkaji mengapa berlakunya perubahan dalam trend kepenggunaan buruh tempatan dari kurang giat kepada giat melalui penelitian ke atas proses perekrutan dan kehidupan mereka di estet perladangan. Melalui kaedah pendekatan sejarah dari aspek pemerolehan sumber, pentafsiran data dan penghuraian fakta, penyelidikan ini mendapati bahawa buruh tempatan kurang terlibat pada awalnya kerana persepsi negatif pengusaha Eropah yang menganggap buruh tempatan pemalas, dasar BNBCC yang memperkenalkan undang-undang yang mengawal penglibatan buruh tempatan mengikut tempoh-tempoh tertentu dan persepsi peribadi masyarakat tempatan yang menganggap bekerja di estet perladangan menjatuhkan maruah mereka, di samping ketaatan mereka kepada sistem perhambaan dan daya tarikan sharecropping yang lebih tinggi. Namun, jumlah penglibatan buruh tempatan menjadi semakin meningkat kerana pendedahan mereka terhadap pemberian gaji, penyediaan kemudahan material dan bukan material, serta perlindungan undang-undang. Tambahan itu, para pengusaha juga menyedari kos pengrekrutan buruh tempatan jauh lebih menjimatkan berbanding kos merekrut buruh-buruh luar. Namun demikian, walaupun penglibatan buruh tempatan dalam sektor perladangan ini meningkat dan banyak kesan positif yang diperolehi mereka, tidak dapat dinafikan bahawa buruh tempatan turut berhadapan kesan negatif hasil penglibatan mereka dalam sektor perladangan. Misalnya pengaruh sosial seperti perjudian, amalan meminum arak dan pelacuran selain membawa kepada timbulnya masalah tidak berkahwin dalam kalangan penduduk tempatan.Walaupunpenglibatan buruh tempatan dalam sektor perladangan memberi banyak manfaat kepada pengusaha perladangan, namun, pada masa yang sama membawa kesan negatif kepada perusahaan tanaman padi bukan sahaja di peringkat kampung tetapi juga terhadap bekalan makanan keseluruhan wilayah.