Audiens remaja dan penerimaan drama Indonesia di televisyen tempatan : satu kajian kes terhadap remaja pribumi di Sabah

Kajian audiens remaja dan penerimaan drama Indonesia di televisyen tempatan merupakan satu penyelidikan yang melihat penerimaan pelajar berkaitan dengan hubungan keterlibatan dan faktor penarik audiens untuk menonton drama. Tidak dapat dinafikan bahawa drama Indonesia mempunyai pengaruh sangat kuat...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Norlaji Hj. Hamid
Format: Thesis
Language:English
English
Published: 2013
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/38954/1/24%20PAGES.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/38954/2/FULLTEXT.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian audiens remaja dan penerimaan drama Indonesia di televisyen tempatan merupakan satu penyelidikan yang melihat penerimaan pelajar berkaitan dengan hubungan keterlibatan dan faktor penarik audiens untuk menonton drama. Tidak dapat dinafikan bahawa drama Indonesia mempunyai pengaruh sangat kuat dan memberi kesan terhadapa audiens di Malaysia. Hal ini berlaku disebabkan drama Indonesia yang ditayangkan di televisyen Malaysia mempunyai similariti di antara kedua-dua negara khususnya dari segi budaya dan sosialisasi (Cultural Proximity). Kajian yang dijalankan berbentuk kualitatif dengan penggunaan instrumen perbincangan kumpulan terfokus (Focus Group Discussion-FGD). Penyelidik memilih dari informan di dua buah sekolah yang dipilih iaitu SMK Perempuan Likas dan SM All Saints. Hasil dapatan dalam kajian mendapati penerimaan audiens dari segi budaya dan sosialisasi amat mempengaruhi audiens di Malaysia hingga membentuk penerimaan iaitu seperti; (i) komited, (ii) Komited dan mengkritik, dan (iii) tidak komited. Suatu penemuan yang menarik dalam dapatan penerimaan audiens ini ialah pelajar remaja menerima drama Indonesia bukan disebabkan oleh kedekatan budaya sahaja tetapi sebenarya disebabkan kedekatan pengalaman, pemikiran dan perasaan. Dalam dapatan faktor-faktor penarik terhadap audiens didapati faktor seperti pelakon (watak), penceritaan, persekitaran dan bahasa merupakan aspek penarik untuk audiens terus menonton drama Indonesia. Oleh itu, kajian yang dijalankan ini memberi penjelasan tentang audiens remaja dan penerimaan drama Indonesia bukan sahaja dikaitkan dengan kedekatan dan persamaan budaya di antara kedua-dua negara tetapi juga disebabkan kedekatan hubungan keterlibatan.