Ilustrasi dalam surat khabar : analisis tematik dalam konteks sosial di Sabah

Penyelidikan ini bertujuan menganalisis ilustrasi dalam 8 jenis surat khabar Sabah pada tahun 1883 hingga 1963 iaitu North Borneo Herald, Kinabalu News Bulletin, North Borneo News, Anak Sabah, Overseas Chinese Daily News (OCDN), North Borneo News & Sabah Times (NBN & ST), Sabah Times dan Dai...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Mohd Sawari Rahim
Format: Thesis
Language:English
English
Published: 2016
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/39033/1/24%20PAGES.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/39033/2/FULLTEXT.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Penyelidikan ini bertujuan menganalisis ilustrasi dalam 8 jenis surat khabar Sabah pada tahun 1883 hingga 1963 iaitu North Borneo Herald, Kinabalu News Bulletin, North Borneo News, Anak Sabah, Overseas Chinese Daily News (OCDN), North Borneo News & Sabah Times (NBN & ST), Sabah Times dan Daily Express. Analisis tematik digunakan pada 177 data ilustrasi menggunakan kaedah skor penilaian konsep piktorial. Proses ini mengambilkira 3 kriteria iaitu kesatuan tema, representasi kemahiran dan kaitan tipografi bagi mengkategori mengikut tema. Justifikasi pemilihan kriteria-kriteria tersebut berpandukan tema ilustrasi iaitu dalam konteks sosial. Hasil dari analisis kandungan tersebut, sebanyak 13 karya ilustrasi diperoleh dan kemudian melalui peringkat seterusnya iaitu proses menganalisis secara lebih mendalam menggunakan pendekatan teori ikonografi oleh Erwin Panofsky (1955). Teori beliau telah mengkelaskan tiga tahap iaitu pra-ikonologi, ikonografi dan interpretasi ikonologi untuk memperjelas dan merungkaikan bentuk dan makna secara holistik tentang isu dalam tema karya ilustrasi. Hasil dapatan tersebut, suatu kesimpulan telah dibuat secara berfokus yang akan membawa huraian kepada mesej dan pengajaran kepada masyarakat. Secara keseluruhannya penyelidikan ini menggunakan pendekatan kualitatif menerusi kaedah pengkajian sejarah yang bersifat deskriptif. Tiga teknik pengumpulan data yang digunakan dalam kajian ini iaitu teknik pemerhatian, temu bual dan analisis dokumen. Kaedah pengumpulan data penyelidikan melibatkan 3 sumber bahan, iaitu sumber primer (data ilustrasi), sumber sekunder (bahan teks) dan lisan (temu bual). Secara ringkasnya, penyelidikan ini membuktikan bahawa penghasilan ilustrasi dalam bentuk representasi atau simbolik digunakan pelukis untuk membuat pernyataan kritikan yang bersifat tegas, lucu, tajam atau menyindir. Tujuannya adalah untuk menyampaikan mesej, nasihat dan pengajaran yang menyandarkan nilai-nilai positif dan moral yang baik kepada masyarakat. Impaknya, kandungan mesej dan pengajaran dalam ilustrasi ini memperlihatkan isu kemasyarakatan yang masih berlaku sejak era sebelum dan pasca kemerdekaan Sabah hingga kini. Sehubungan dengan itu, penyelidikan yang terhasil diharapkan mampu memberi manfaat dalam mendidik dan menimbulkan kesedaran kepada masyarakat sejagat terutama dalam membangunkan sahsiah dan perkembangan diri yang seimbang terhadap emosi, intelek, jasmani dan rohani terutama dalam bidang pendidikan, keselamatan jalan raya, hiburan dan soal kepimpinan dalam masyarakat. Hubungan kekeluargaan juga berperanan penting yang menekankan soal tanggungjawab, amanah, berdikari, menyemai kasih sayang dan didikan agama yang juga masih relevan untuk diketengahkan kepada generasi hari ini. Di samping itu juga, penyelidikan ini diharap dapat mengubah makna serta konsep visual dalam kalangan masyarakat agar berupaya menjadi bentuk dokumentasi sejarah yang penting untuk rujukan generasi hari ini dan akan datang.