Pembangunan dan penerimaan teknologi e-modul kerja lapangan geografi pembelajaran mobile learning tingkatan 6

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengkaji penggunaan kaedah pembelajaran M-learning dalam aktiviti kerja lapangan Geografi STPM berbantukan bahan bantu mengajar M-fieldwork. Kajian ini menggunakan kaedah pendekatan kuantitatif dengan reka bentuk kuasi-eksperimen yang melibatkan kumpulan eksperi...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Dympna James Jemson
Format: Thesis
Language:English
English
Published: 2023
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/39081/1/24%20PAGES.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/39081/2/FULLTEXT.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengkaji penggunaan kaedah pembelajaran M-learning dalam aktiviti kerja lapangan Geografi STPM berbantukan bahan bantu mengajar M-fieldwork. Kajian ini menggunakan kaedah pendekatan kuantitatif dengan reka bentuk kuasi-eksperimen yang melibatkan kumpulan eksperimen (Koperatif dan Tidak Koperatif) dan kawalan (Tradisional). Seramai 141 orang pelajar yang mengambil mata pelajaran Geografi di peringkat Tingkatan 6 terlibat dalam kajian ini. Empat soal selidik digunakan iaitu soal selidik kesediaan, penerimaan, sikap dan kemahiran insaniah. Pengujian statistik yang dilaksanakan ialah analisis pengulangan Analysis of varianve (ANOVA), Analysis of Covariance (ANCOVA) satu hala dan Analysis of Covarianve (ANCOVA) dua hala pada aras signifikan p<0.05. Penyelidik melihat kepada ujian Mauchly dan juga saiz kesan kerana pengukuran dilakukan pada tiga tempoh masa yang berbeza (ujian pra, ujian pasca 1 dan ujian pasca 2). Hasil analisis menunjukkan Ujian Pra, Pasca 1 dan Pasca 2 bagi kumpulan Koperatif secara signifikan memberi kesan ke atas kesediaan pelajar terhadap kaedah pembelajaran M-learning berbantukan alat bantu mengajar M-fieldwork. Saiz kesan bagi kumpulan Koperatif bagi kesediaan, penerimaan, sikap dan kemahiran insaniah menunjukkan saiz kesan yang besar iaitu iaitu di antara 0.5 hingga 0.8. Manakala bagi kumpulan tidak koperatif pula, dapatan kajian menunjukkan ujian Pra, Pasca 1 dan Pasca 2 secara signifikannya memberi kesan ke atas kesediaan pelajar, juga menunjukkan saiz kesan yang besar bagi keempat-empat pemboleh ubah. Bagi kumpulan Tradisional pula, dapatan menunjukkan ujian Pra, Pasca 1 dan pasca 2 secara signifikannya tidak memberi kesan terhadap kesediaan, penerimaan dan sikap pelajar. Berbeza dengan pemboleh ubah kemahiran insaniah, terdapat perbezaan yang signifikan. Kumpulan Tradisional juga menunjukkan saiz kesan yang kecil dan sederhana bagi keempat-empat pemboleh ubah iaitu antara 0.2 hingga 0.5. Ia sama dengan dapatan ujian Pasca 2, didapati bahawa saiz kesan yang kecil dan sederhana bagi keempat-empat pemboleh ubah. Penyelidik melihat kepada nilai saiz kesan, yang menunjukkan kumpulan eksperimen lebih tinggi daripada kumpulan kawalan. Dicadangkan supaya kaedah pengajaran M-learning berbantukan modul M-fieldwork dapat diaplikasikan bagi keseluruhan topik yang terdapat dalam huraian sukatan pelajaran bagi mata pelajaran Geografi STPM. Namun kaedah ini perlu diuji berdasarkan topik-topik yang terdapat dalam mata pelajaran Geografi bagi melihat kesesuaian penggunaan kaedah pembelajaran M-learning agar dapat dikembangkan dengan lebih meluas.