Amalan penerapan kesepaduan sosial dalam pembelajaran dan pemudahcaraan sejarah di SMKA Sabah

Kajian ini dilakukan berdasarkan isu perpaduan yang masih rapuh dalam kalangan masyarakat Malaysia. Ini dibuktikan dengan pelbagai isu perpaduan antara kaum, masalah sosial, dan rendahnya ikatan sosial antara masyarakat. Pelbagai usaha telah dilakukan oleh kerajaan, namun masalah perpaduan masih men...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Siti Aisyah Mat Saad
Format: Thesis
Language:English
English
Published: 2023
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/39082/1/24%20PAGES.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/39082/2/FULLTEXT.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini dilakukan berdasarkan isu perpaduan yang masih rapuh dalam kalangan masyarakat Malaysia. Ini dibuktikan dengan pelbagai isu perpaduan antara kaum, masalah sosial, dan rendahnya ikatan sosial antara masyarakat. Pelbagai usaha telah dilakukan oleh kerajaan, namun masalah perpaduan masih menjadi masalah dalam kalangan masyarakat. Oleh yang demikian, kajian ini dilakukan bagi memperihalkan amalan penerapan kesepaduan sosial dalam kalangan guru Sejarah, Strategi yang digunakan, elemen kesepaduan sosial, elemen kesepaduan sosial di luar kelas, dan kekangan serta cadangan penyelesaian guru dalam pelaksanaan kesepaduan sosial di dalam di dalam dan luar kelas. Teori yang mendasari kajian adalah teori kesepaduan sosial, teori pendidikan multikultural dan teori pembelajaran Albert Bandura. Ketiga-tiga teori ini telah menjadi pendukung kajian ini dari aspek konsep, pembinaan item dalam temu bual dan pemerhatian, dan menjadi panduan dalam kajian ini. Kajian ini menggunakan reka bentuk fenomenologi sebagai kajian kualitatif melalui kaedah temu bual mendalam, pemerhatian, dan dokumentasi. Kajian ini juga telah dinilai melalui analisis indeks Cohen Kappa dengan purata pengiraan nilai persetujuan pakar sebanyak 0.73 yang berada tahap baik. Hasil kajian ini mendapati bahawa peserta kajian memahami konsep asas kesepaduan sosial dan menyatakan kesepaduan sosial boleh diterapkan dalam amalan pengajaran dan pemudah cara melalui strategi pengajaran, elemen kesepaduan sosial, dan integrasi kesepaduan sosial dalam Rancangan Pengajaran Harian. Kajian ini juga mencadangkan penyelesaian masalah terhadap kekangan yang dihadapi oleh peserta kajian dalam menerapkan kesepaduan sosial dalam pengajaran dan pemudah cara PdPc. Implikasi kajian ini merangkumi pengkaji, teori, kajian lepas, guru sejarah, Kementerian Pendidikan Malaysia, dan Jabatan Perpaduan Negara. Dalam implikasi kajian ini, kajian ini berjaya mengesahkan konsep kesepaduan sosial, sejajar dengan cadangan kajian lepas, mengesahkan penguasaan isi kandungan pengajaran, sejajar dengan keperluan imu budaya, penambahbaikan daripada aspek amalan pedagogi dan memberikan cadangan penyelesaian kekangan kesepaduan sosial kepada Kementerian Pendidikan Malaysia dan Jabatan Perpaduan Negara. Pada akhir kajian ini, pengkaji mencadangkan keperluan Guru Sejarah terhadap kefahaman ilmu budaya agar dapat mengekang prasangka dan menjadikan PdPc guru lebih harmoni.