Pengaruh latar belakang kanak-kanak usia 4-9 tahun terhadap lukisan figura

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji lukisan figura kanak-kanak yang berumur antara 4 hingga 9 tahun berdasarkan teori Viktor Lowenfeld dan Britain (1982). Selain itu, kajian ini turut digunakan untuk mengenalpasti skor lukisan figura, menjelaskan kewujudan elemen ruang serta menganalisis ciri-ciri l...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Yek Rong Ing
Format: Thesis
Language:English
English
Published: 2023
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/39085/1/24%20PAGES.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/39085/2/FULLTEXT.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk mengkaji lukisan figura kanak-kanak yang berumur antara 4 hingga 9 tahun berdasarkan teori Viktor Lowenfeld dan Britain (1982). Selain itu, kajian ini turut digunakan untuk mengenalpasti skor lukisan figura, menjelaskan kewujudan elemen ruang serta menganalisis ciri-ciri lukisan figura. Sebanyak 300 hasil lukisan figura kanak-kanak yang dipilih dari 4 buah sekolah di Bandaraya Miri, Sarawak telah digunakan sebagai sampel kajian bagi mewakili setiap peringkat perkembangan seni kanak-kanak. Pengkaji menganalisis lukisan figura kanak-kanak dengan merujuk kepada Teori Perkembangan Artistik Viktor Lowenfeld untuk menerangkan peringkat-peringkat perkembangan artistik kanak-kanak. Lukisan figura yang dihasilkan oleh kanak-kanak akan dinilai berdasarkan ‘Rubrik Penilaian Lukisan Figura' untuk mengenal pasti tahap pencapaian skor lukisan figura mereka. Pemahanan ruang dinilai berdasarkan senarai semak pemerhatian ruang. Manakala ciri-ciri lukisan figura dinilai berdasarkan 16 item komponen figura yang merangkumi kepala, rambut, mata, telinga, kening, hidung, mulut, leher, bahu, lengan, (tangan, jari), badan, (paha, petis), (kaki, jari), pakaian, serta aksesori. Kajian mendapati bahawa kanak-kanak lelaki dan perempuan melukis dengan cara yang hampir sama di peringkat awal pertumbuhan. Hasil kajian secara keseluruhan menunjukkan responden perempuan lebih cemerlang dalam penghasilan lukisan figura dari segi skor, pewujudan ruang serta penambahan komponen tubuh badan berbanding responden lelaki. Lukisan yang dihasilkan oleh kanak-kanak dapat memberi lebih banyak maklumat tentang perkembangan artistik mereka terutamanya dari segi skor lukisan figura, penghasilan komponen-komponen imej figura serta pewujudan elemen ruang dalam hasil lukisan. Kajian ini akan menjadi tahap pengukur bagi perkembangan kanak-kanak ke arah melahirkan karya yang bermutu semasa di bangku sekolah. Data-data yang diperolehi akan dapat membantu para pendidik seni dalam menyediakan kurikulum Pendidikan Seni yang lebih berkesan. Kajian ini juga boleh menjadi panduan kepada guru-guru seni untuk merancang kurikulum Pendidikan Seni Visual. Kajian ini turut memberi implikasi kepada guru-guru prasekolah, guru seni, ibu bapa dan penjaga bahawa peringkat perkembangan artistik kanak-kanak dapat dinilai dengan menggunakan kaedah melukis imej figura. Di Malaysia, kanak-kanak peringkat sekolah masih kekurangan panduan untuk melukis lukisan figura. Kebolehan melukis kanak-kanak merupakan satu bentuk perkembangan artisitik yang penting dalam perkembangan seni. Oleh itu, pengkaji ingin mengkaji lukisan figura yang dihasilkan berdasarkan perbezaan umur, jantina serta pewujudan ruang dalam lukisan figura.