Sejarah pendidikan bahasa Kadazandusun, 1994-2018

Kajian ini memfokus kepada perkembangan Pendidikan Bahasa Kadazandusun (BKD) di Malaysia khususnya di Sabah dari tahun 1994 hingga 2018. Tujuan kajian adalah untuk menelusuri sejarah pelaksanaan pengajaran BKD secara tidak formal dan formal di sekolah rendah, sekolah menengah dan IPT iaitu universit...

全面介绍

Saved in:
书目详细资料
主要作者: Linah Bagu @ Siti Nurlina Abdullah
格式: Thesis
语言:English
English
出版: 2023
主题:
在线阅读:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/39095/1/24%20PAGES.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/39095/2/FULLTEXT.pdf
标签: 添加标签
没有标签, 成为第一个标记此记录!
实物特征
总结:Kajian ini memfokus kepada perkembangan Pendidikan Bahasa Kadazandusun (BKD) di Malaysia khususnya di Sabah dari tahun 1994 hingga 2018. Tujuan kajian adalah untuk menelusuri sejarah pelaksanaan pengajaran BKD secara tidak formal dan formal di sekolah rendah, sekolah menengah dan IPT iaitu universiti dan Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM). Kajian ini turut meneroka dan menganalisis pencapaian serta kejayaan dalam pengajaran BKD di samping meneliti isu dan cabaran yang dihadapi serta usaha yang telah dilakukan untuk menanganinya. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dalam menjelaskan data daripada sumber primer yang diperolehi daripada arkib dan institusi berkaitan serta sumber sekunder melalui kaedah kepustakaan. Kaedah temu bual juga digunakan untuk mendapatkan data tambahan yang menyokong sumber primer dan sekunder. Dapatan kajian mendapati bahawa pendidikan BKD telah genap 22 tahun dalam naratif pengajaran formal dengan pencapaian yang membanggakan dalam peperiksaan PMR dan SPM di sekolah serta bilangan graduan yang ramai di IPT. Walau bagaimanapun, pendidikan BKD telah melalui pelbagai isu dan cabaran yang telah menggugat kedudukannya sebagai bahasa ibunda/etnik dalam kurikulum kebangsaan. Isu utama yang timbul sejak awal perancangan pengajaran formal BKD di sekolah adalah pemilihan nama bahasa dan dialek piawai BKD. Isu ini telah diselesaikan melalui persefahaman dan permuafakatan dua persatuan utama yang mewakili masyarakat Kadazandusun iaitu Kadazandusun Cultural Association (KDCA) dan United Sabah Dusun Association (USDA) pada tahun 1995. BKD kini bukan sahaja diajar sebagai satu mata pelajaran dalam kurikulum kebangsaan malah dikembangkan sehingga ke peringkat antarabangsa. Namun demikian, BKD juga menghadapi pelbagai cabaran seperti ketidakseragaman istilah, kelayakan dan kemahiran tenaga pengajar, keupayaan dan kemahiran murid dan pelajar serta kekurangan bahan rujukan yang sesuai. Sebahagian besar cabaran tersebut telah ditangani dengan pelbagai usaha individu dan kumpulan yang terlibat sama ada di sekolah, universiti dan IPGM khususnya IPG Kampus Kent, Tuaran. Kajian tentang bahasa ibunda/etnik ini sangat penting dan berguna kepada pihak berkepentingan yang terlibat dengan perancangan, pelaksanaan dan pembangunan pendidikan BKD untuk mencapai hala tuju yang lebih cemerlang.