Kesan pembelajaran berasaskan masalah dan pembelajaran kolaboratif berbantukan geometer’s sketch pad terhadap kemahiran berfikir aras tinggi dan kemahiran kolaboratif pelajar tingkatan empat
Permasalahan utama dalam pelaksanaan pengajaran pada peringkat sekolah menengah ialah pembelajaran kolaboratif yang diamalkan kurang berkesan, kekurangan kemahiran KBAT pelajar dan prestasi akademik kurang memuaskan. Tambahan pula, amalan kaedah pembelajaran pelajar yang kurang sesuai dan kesediaan...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English English |
Published: |
2023
|
Subjects: | |
Online Access: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/39104/1/24%20PAGES.pdf https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/39104/2/FULLTEXT.pdf |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Permasalahan utama dalam pelaksanaan pengajaran pada peringkat sekolah menengah ialah pembelajaran kolaboratif yang diamalkan kurang berkesan, kekurangan kemahiran KBAT pelajar dan prestasi akademik kurang memuaskan. Tambahan pula, amalan kaedah pembelajaran pelajar yang kurang sesuai dan kesediaan pelajar sebelum perbincangan yang tidak menggalakkan. Justeru itu, kajian ini dijalankan untuk mengkaji kesan Pembelajaran Berasaskan Masalah dan Pembelajaran Kolaboratif Berbantukan GSP (PBMPKG) terhadap empat tahap kemahiran berfikir aras tinggi pelajar Tingkatan Empat iaitu mengaplikasi, menganalisis, menilai dan mencipta. Selain itu, kajian ini juga dijalankan untuk mengkaji kesan Pembelajaran Berasaskan Masalah dan Pembelajaran Kolaboratif Berbantukan GSP (PBMPKG) terhadap empat dimensi kemahiran kolaboratif terhadap matematik tambahan pelajar Tingkatan Empat iaitu faedah akademik, faedah sosial, kemahiran generik dan aspek negatif. Sebuah Modul X-Plus telah dibangunkan sebagai panduan kepada guru Matematik Tambahan untuk memupuk kemahiran berfikir aras tinggi dan kemahiran kolaboratif pelajar-pelajar Tingkatan Empat. Ujian Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (UKBAT) juga dibangunkan untuk mentaksir empat dimensi tahap KBAT. Selain itu, soal selidik digunakan untuk mentaksir empat dimensi Kemahiran Kolaboratif Terhadap Matematik Tambahan (SKMT). Reka bentuk kuasi-eksperimen ujian pra dan ujian pasca telah digunakan dalam kajian ini. Seramai 270 sampel ujian (UKBAT) dan 180 sampel ujian (SKMT) daripada pelajar Tingkatan Empat di tiga buah buah sekolah menengah di Daerah Lahad Datu. Tiga kumpulan intervensi ujian UKBAT iaitu kumpulan PBMPKG, PBM dan Tradisional. Manakala, dua kumpulan intervensi untuk ujian SKMT iaitu kumpulan PBMPKG dan PBM. Hasil dapatan kajian UKBAT menunjukkan kumpulan PBMPKG menghasilkan skor min ujian pasca secara signifikan lebih tinggi berbanding kumpulan PBM, seterusnya skor min ujian pasca PBM secara signifikan lebih tinggi berbanding kumpulan Tradisional dalam keempat-empat tahap kemahiran berfikir aras tinggi. Manakala, Hasil dapatan kajian SKMT menunjukkan kumpulan PBMPKG menghasilkan skor min ujian pasca secara signifikan lebih tinggi berbanding kumpulan PBM, dalam keempat-empat dimensi kemahiran kolaboratif terhadap Matematik Tambahan. Kajian ini menunjukkan bahawa kaedah PBMPKG memberi kesan positif dalam usaha membantu perkembangan empat tahap kemahiran berfikir aras tinggi dan empat dimensi kemahiran kolaboratif pelajar Tingkatan Empat. Oleh itu, para pendidik khasnya guru-guru Matematik Tambahan disarankan untuk mengintegrasikan PBM dan Pembelajaran Kolaboratif berbantukan GSP dalam amalan PdPc Matematik Tambahan mereka untuk meningkatkan tahap kemahiran berfikir aras tinggi dan kemahiran kolaboratif dalam kalangan pelajar. |
---|