Peranan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) dan kesannya terhadap kualiti hidup komuniti dari perspektif kelestarian bandar

Kajian yang menggunakan Teori Kelestarian Bandar dan kaedah fenomenologi, dijalankan dengan objektif untuk meneroka peranan yang dilaksanakan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) iaitu Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) dalam meningkatkan kualiti hidup komuniti Bandaraya Kota Kinabalu dalam bidang s...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Benedick Oliver
Format: Thesis
Language:English
English
Published: 2023
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/39109/1/24%20PAGES.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/39109/2/FULLTEXT.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian yang menggunakan Teori Kelestarian Bandar dan kaedah fenomenologi, dijalankan dengan objektif untuk meneroka peranan yang dilaksanakan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) iaitu Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) dalam meningkatkan kualiti hidup komuniti Bandaraya Kota Kinabalu dalam bidang sosiologi bandar. Secara khususnya, kajian ini mempunyai empat (4) objektif iaitu (i) menghuraikan peranan dan program yang dilaksanakan oleh DBKK dalam meningkatkan kualiti hidup komuniti Bandaraya Kota Kinabalu; (ii) menilai program yang dijalankan oleh DBKK dalam meningkatkan kualiti hidup penduduk Bandaraya Kota Kinabalu; (iii) mengenal pasti cabaran yang dihadapi DBKK dalam meningkatkan kualiti hidup komuniti Bandaraya Kota Kinabalu; dan (iv) mengkaji strategi DBKK menangani cabaran untuk meningkatkan kualiti hidup komuniti Bandaraya Kota Kinabalu. Data kajian ini dikutip melalui temubual mendalam dan pemerhatian di lapangan. Temubual mendalam dilakukan bersama 12 informan pemimpin komuniti Bandaraya Kota Kinabalu dan lima (5) informan DBKK. Penemuan kajian ini mendapati empat domain peranan yang dijalankan oleh DBKK dalam meningkatkan kualiti hidup komuniti Bandaraya Kota Kinabalu. Empat domain peranan DBKK ini adalah peranan fizikal, peranan ekonomi, peranan sosial dan peranan tadbir urus. Keempat-empat domain peranan tersebut didapati berperanan penting dalam pembangunan Bandaraya Kota Kinabalu yang boleh meningkatkan kualiti hidup komuniti bandaraya ini. Daripada aspek keberkesanan peranan, kajian ini mendapati domain peranan fizikal menunjukkan keberkesanan positif terhadap kualiti hidup komuniti di Bandaraya Kota Kinabalu iaitu pengurusan sisa pepejal dan pembersihan parit. Selain itu, kajian ini turut menemui domain peranan sosial, ekonomi dan tabir urus masih kurang mendapat perhatian daripada informan, sungguhpun domain peranan berkenaan saling berhubungkait dalam penyediaan kemudahan dan perkhidmatan kepada komuniti bandaraya. Kajian ini telah mengenalpasti lima cabaran utama yang dihadapi oleh DBKK dalam meningkatkan kualiti hidup komuniti di Bandaraya Kota Kinabalu. Cabaran ini adalah ketidakcukupan akses sumber dana, ketidakcukupan akses sumber personel, penerimaan komuniti terhadap pembangunan, ketiadaan dasar perbandaran yang konsisten dan pengurusan bangunan perumahan persendirian yang tidak terkawal. Bagi berhadapan dengan cabaran ini, terdapat tiga (3) strategi yang menurut pentadbir DBKK iaitu memberi tumpuan kepada program yang berimpak besar, pembangunan yang mengikut citarasa komuniti dan mempelbagaikan sumber pendapatan DBKK.