Keberkesanan dan strategi menggunakan perkhidmatan penghantaran barangan makanan dalam perusahaan berskala kecil semasa tempoh pandemik covid-19 di Kota Kinabalu, Sabah

Perkhidmatan penghantaran barangan makanan digunakan secara meluas dalam perusahaan makanan berskala kecil di Kota Kinabalu, Sabah. Peningkatan penggunaan perkhidmatan penghantaran makanan dalam kalangan pengusaha makanan ini adalah disebabkan penularan wabak COVID-19 yang mempengaruhi pengoperasian...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Rima Abdul Rahman
Format: Thesis
Language:English
English
Published: 2023
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/39119/1/24%20PAGES..pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/39119/2/FULLTEXT..pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Perkhidmatan penghantaran barangan makanan digunakan secara meluas dalam perusahaan makanan berskala kecil di Kota Kinabalu, Sabah. Peningkatan penggunaan perkhidmatan penghantaran makanan dalam kalangan pengusaha makanan ini adalah disebabkan penularan wabak COVID-19 yang mempengaruhi pengoperasian perusahaan makanan berskala kecil. Objektif kajian ini untuk mengenal pasti kesan pandemik COVID-19 terhadap pengusaha makanan berskala kecil di Kota Kinabalu dan menganalisis faktor keberkesanan perkhidmatan penghantaran barangan makanan yang mendorong pengusaha melaksanakan strategi pemasaran dalam perusahaan makanan berskala kecil semasa tempoh pandemik COVID-19. Di samping itu, kajian ini juga meneliti ketersediaan bantuan kerajaan yang digunakan oleh pengusaha makanan berskala kecil dalam meningkatkan keberkesanan perkhidmatan penghantaran barangan makanan. Bagi mencapai objektif kajian ini, pendekatan Convergent Parallel telah diaplikasikan, iaitu pendekatan kuantitatif sebagai pendekatan utama yang berasaskan kaedah tinjauan soal selidik dan melibatkan pengusaha makanan berskala kecil berdaftar di bawah agensi FAMA dan DBKK, iaitu seramai 476 responden. Manakala, pendekatan kualitatif adalah sebagai sokongan yang meliputi pemerhatian langsung, temu bual semi berstruktur, dan temu bual berstruktur bersama pihak-pihak tertentu. Data soal selidik dianalisis secara deskriptif iaitu kekerapan, peratusan dan nilai min, serta analisis faktor dengan bantuan perisian Statistical Packages for Social Sciences (SPSS). Data temu bual pula dianalisis menggunakan analisis naratif untuk menjelaskan dapatan kajian ini dengan lebih mendalam. Penemuan kajian menunjukkan bahawa kesan permintaan terhadap penawaran produk makanan dan kesan kewangan mencatatkan tahap tinggi dalam skor min purata iaitu 4.20 dan 4.00. Penemuan kajian turut mendapati bahawa perkhidmatan penghantaran barangan makanan adalah berkesan digunakan dalam perusahaan makanan kerana keberkesanannya dalam membantu pengusaha mengatasi kesan pandemik, iaitu meliputi faktor kos (skor min purata= 3.80) dan faktor inovasi (skor min purata= 3.70). Hasil kajian juga mendapati bantuan atas talian yang disediakan oleh kerajaan adalah digunakan oleh responden sebagai inisiatif untuk meningkatkan keberkesanan perkhidmatan penghantaran makanan yang kurang berkesan. Ini jelas menunjukkan bahawa perkhidmatan penghantaran makanan memainkan peranan penting dalam membantu pengusaha makanan berskala kecil untuk mengatasi kesan pandemik. Namun begitu, faktor kebolehsampaian dan faktor pendigital berada pada tahap sederhana. Oleh itu, kajian ini dapat membantu pihak berkepentingan untuk meningkatkan lagi perkhidmatan penghantaran makanan dalam perusahaan makanan berskala kecil agar pengusaha dapat meluaskan pasaran produk dan memberi kepuasan kepada pelanggan.