Penentangan buruh estet perladangan di Borneo Utara, 1881-1941

Kajian mengenai sejarah perburuhan ini merupakan kajian yang memfokuskan tentang sejauh mana realiti kehidupan estet dan kawalan terhadap buruh telah membawa kepada manifestasi penentangan buruh estet perladangan di Borneo Utara semasa pentadbiran Syarikat Berpiagam Borneo Utara British (SBBUB). Kaj...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Amy Azuan Abdullah
Format: Thesis
Language:English
English
Published: 2016
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/39310/1/24%20PAGES.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/39310/2/FULLTEXT.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian mengenai sejarah perburuhan ini merupakan kajian yang memfokuskan tentang sejauh mana realiti kehidupan estet dan kawalan terhadap buruh telah membawa kepada manifestasi penentangan buruh estet perladangan di Borneo Utara semasa pentadbiran Syarikat Berpiagam Borneo Utara British (SBBUB). Kajian ini banyak bergantung kepada sumber primer khususnya dokumen dan surat menyurat kolonial, akhbar, laporan tahunan pentadbir serta koleksi surat persendirian yang diperoleh dari pelbagai tempat. Kajian mendapati bahawa realiti kehidupan yang melibatkan eksploitasi, penganiayaan fizikal, bebanan hutang, pemotongan upah, ketirisan peruntukan perundangan serta kawalan dari segi mobiliti sosial buruh telah mengakibatkan ketidakpuasan hati dalam kalangan buruh sehingga membawa kepada suatu bentuk reaksi daripada mereka. Reaksi penentangan yang telah dimanifestasikan dalam bentuk secara langsung ataupun tidak langsung ini telah memberi kesan yang mendalam sehingga terdapat usaha daripada pelbagai pihak untuk menangani isu penentangan buruh ini agar kehidupan buruh menjadi lebih baik.