Penentangan buruh estet perladangan di Borneo Utara, 1881-1941

Kajian mengenai sejarah perburuhan ini merupakan kajian yang memfokuskan tentang sejauh mana realiti kehidupan estet dan kawalan terhadap buruh telah membawa kepada manifestasi penentangan buruh estet perladangan di Borneo Utara semasa pentadbiran Syarikat Berpiagam Borneo Utara British (SBBUB). Kaj...

全面介绍

Saved in:
书目详细资料
主要作者: Amy Azuan Abdullah
格式: Thesis
语言:English
English
出版: 2016
主题:
在线阅读:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/39310/1/24%20PAGES.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/39310/2/FULLTEXT.pdf
标签: 添加标签
没有标签, 成为第一个标记此记录!
实物特征
总结:Kajian mengenai sejarah perburuhan ini merupakan kajian yang memfokuskan tentang sejauh mana realiti kehidupan estet dan kawalan terhadap buruh telah membawa kepada manifestasi penentangan buruh estet perladangan di Borneo Utara semasa pentadbiran Syarikat Berpiagam Borneo Utara British (SBBUB). Kajian ini banyak bergantung kepada sumber primer khususnya dokumen dan surat menyurat kolonial, akhbar, laporan tahunan pentadbir serta koleksi surat persendirian yang diperoleh dari pelbagai tempat. Kajian mendapati bahawa realiti kehidupan yang melibatkan eksploitasi, penganiayaan fizikal, bebanan hutang, pemotongan upah, ketirisan peruntukan perundangan serta kawalan dari segi mobiliti sosial buruh telah mengakibatkan ketidakpuasan hati dalam kalangan buruh sehingga membawa kepada suatu bentuk reaksi daripada mereka. Reaksi penentangan yang telah dimanifestasikan dalam bentuk secara langsung ataupun tidak langsung ini telah memberi kesan yang mendalam sehingga terdapat usaha daripada pelbagai pihak untuk menangani isu penentangan buruh ini agar kehidupan buruh menjadi lebih baik.