Potensi pembangunan pelancongan homestay berasaskan aktiviti pengkulturan rumpai laut di daerah Semporna, Sabah, Malaysia

Program homestay di negara sedang membangun (NSM) seperti Malaysia telah diberi perhatian sejak dua dekad lalu terutama terhadap pembangunan komuniti luar bandar dan projek pembangunan luar bandar. Pembangunan komuniti luar bandar melalui aktiviti pelancongan telah mendedahkan komuniti miskin di kaw...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Velan A/L Kunjuraman
Format: Thesis
Language:English
English
Published: 2016
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/39311/1/24%20PAGES.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/39311/2/FULLTEXT.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Program homestay di negara sedang membangun (NSM) seperti Malaysia telah diberi perhatian sejak dua dekad lalu terutama terhadap pembangunan komuniti luar bandar dan projek pembangunan luar bandar. Pembangunan komuniti luar bandar melalui aktiviti pelancongan telah mendedahkan komuniti miskin di kawasan luar bandar agar merebut peluang untuk melibatkan diri dalam aktiviti pelancongan. Ini sekaligus sebagai platform untuk menambahkan pendapatan mereka. Program homestay telah dikenalpasti sebagai satu projek pelancongan luar bandar yang mampu memberi kesan positif kepada komuniti luar bandar jika mereka aktif dalam program ini. Kajian ini dilakukan di Pulau Bum Bum melibatkan dua buah kampung iaitu Kampung Look Butun dan Kampung Gellam-Gellam yang berpotensi untuk dijadikan destinasi pelancongan melalui program homestay. Program homestay telah dikenalpasti sebagai satu aktiviti pelancongan yang berasaskan komuniti boleh dijalankan sekiranya mendapat sokongan para stakeholders. Komuniti nelayan di kawasan kajian atau lebih dikenali sebagai komuniti pengkultur menjalankan aktiviti pengkulturan rumpai laut sebagai pekerjaan utama harian mereka. Aktiviti pengkulturan rumpai laut boleh dijadikan sebagai satu produk pelancongan melalui program homestay. Ia berpotensi untuk memberi manfaat ekonomi sampingan kepada komuniti yang berminat untuk terlibat dalam program ini. Oleh itu, kajian ini memfokuskan pembangunan program homestay berasaskan aktiviti pengkulturan rumpai laut di Kampung Look Butun dan Kampung Gellam-Gellam. Program ini boleh memberi kesan positif kepada pengusaha homestay jika mereka terlibat dengan aktif. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif sebagai pendekatan utama. Kaedah kutipan data pelbagai (mixed methods) seperti temubual mendalam, survei, pemerhatian di lapangan, dokumen sekunder telah digunakan untuk mendapatkan data. Hasil kajian ini mendapati bahawa pihak komuniti setempat dan stakeholders mempunyai pandangan positif terhadap pembangunan pelancongan homestay berasaskan aktiviti pengkulturan rumpai laut di kawasan mereka. Produk pelancongan homestay dan aktiviti pengkulturan rumpai laut mempunyai potensi besar untuk dijadikan sebagai produk pelancongan. Perkara ini dipersetujui oleh komuniti setempat dan pihak stakeholders. Selain daripada itu, kajian ini juga mendapati komuniti setempat dan pihak stakeholders menjangkakan kesan positif lebih besar daripada kesan negatif apabila penubuhan program homestay dilaksanakan. Walau bagaimanapun, terdapat cabaran-cabaran dalaman dan luaran yang telah dikenalpasti sebagai penghalang utama yang menyekat projek pembangunan pelancongan ini. Berdasarkan hasil kajian ini, potensi pembangunan pelancongan homestay berasaskan aktiviti pengkulturan rumpai laut di Pulau Bum Bum adalah terhad disebabkan perancangan pelancongan tidak bersistematik.