Analisis retorik terhadap ayat Mutashabihat dalam Al-Quran

Kajian ini merupakan satu kajian ilmu retorik Arab yang mengetengahkan dua jenis gaya bahasa iaitu tashbīh (simile) dan isti‘arah (metafora) daripada cabang ilmu Bayān di dalam al-Quran. Kajian ini adalah kajian kualitatif yang menggunakan kaedah analisis data atau tekstual secara keseluruhannya. Ka...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Nor Ain Manap
Format: Thesis
Language:English
English
Published: 2016
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/39407/1/24%20PAGES.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/39407/2/FULLTEXT.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini merupakan satu kajian ilmu retorik Arab yang mengetengahkan dua jenis gaya bahasa iaitu tashbīh (simile) dan isti‘arah (metafora) daripada cabang ilmu Bayān di dalam al-Quran. Kajian ini adalah kajian kualitatif yang menggunakan kaedah analisis data atau tekstual secara keseluruhannya. Kajian ini menganalisis kedua-dua gaya bahasa dalam ayat mutashābihāt atau ayat samar daripada empat buah surah Sab‘u Ṭiwāl (surah-surah panjang) iaitu surah al-Baqarah, Āli-‘Imrān, al-Nisā’ dan al-An‘ām. Penulis telah menggunakan beberapa buah kitab tafsir dan ilmu balāghah untuk dijadikan bahan rujukan. Pelbagai pendapat ulama juga diambil kira agar objektif kajian ini dapat dicapai. Al-Quran tidak dapat dipisahkan daripada kedua-dua elemen gaya bahasa ini, yang mempunyai rukun yang tersendiri dalam pembinaannya. Tashbīh terdiri daripada empat rukun iaitu mushabbah, mushabbah bih, adāh tashbīh dan wajh shabah. Manakala isti‘arah pula terdiri daripada tiga rukun iaitu musta‘ār, musta‘ār lah dan musta‘ār minh. Kedua-duanya mempunyai jenis yang berbeza mengikut keadaan dan kewujudan rukun-rukunnya. Kajian ini juga memperlihatkan lagi kemukjizatan gaya bahasa al-Quran dan maknanya yang tersirat selain daripada makna yang tersurat. Analisis menunjukkan terdapat banyak gaya bahasa tashbīh dan isti‘arah dalam ayat mutashābihāt pada keempat-empat buah surah terutamanya di dalam surah surah al-Baqarah, Āli-‘Imrān dan al-An‘ām. Antara jenis tashbīh yang banyak digunakan adalah Tashbīh Mursal Mufaṣṣal dan Mursal Mujmal, manakala jenis isti‘arah pula adalah Isti‘arah Taṣrihīyyah Tab‘iyyah dan Isti‘arah Taṣrihīyyah.