Analisis al-Maf'ul al-Mutlaq dalam surah-surah al-Mufassal : Suatu kajian kelebihan linguistik Al-Quran

Kajian ini mengetengahkan satu lagi istilah baharu dalam bidang kajian kemukjizatan bahasa al-Quran al-Karim, iaitu istilah “al-I‘jāz al-Naḥwiyy” atau “ al-I‘jāz al-Tarkībiyy”. Kajian ini hanya tertumpu kepada analisis salah satu komponen daripada sekian banyak komponen dalam ilmu tatabahasa Arab it...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Bambang Muhamad Rafadi Yusoff Rapiah
Format: Thesis
Language:English
English
Published: 2015
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/39492/1/24%20PAGES.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/39492/2/FULLTEXT.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini mengetengahkan satu lagi istilah baharu dalam bidang kajian kemukjizatan bahasa al-Quran al-Karim, iaitu istilah “al-I‘jāz al-Naḥwiyy” atau “ al-I‘jāz al-Tarkībiyy”. Kajian ini hanya tertumpu kepada analisis salah satu komponen daripada sekian banyak komponen dalam ilmu tatabahasa Arab itu sendiri, iaitu kata nama terbitan (maṣdar) atau penggantinya (nawāib) yang berfungsi sebagai pengukuh ‘āmilnya, penjelas kategori atau jenisnya (kualiti) dan penjelas bilangannya (kuantiti); merupakan kata nama yang diakusatifkan (ism manṣūb); yang dikenali sebagai al-Maf‘ūl al-Muṭlaq. Unsur-unsur yang membentuk al-Maf‘ūl al-Muṭlaq yang terdiri daripada elemen-elemen al-maṣdar, ism al-maṣdar dan beberapa yang lain sebagai nawāʼibnya, sudah jelas menunjukkan bahawa al-Maf‘ūl al-Muṭlaq pada hakikatnya mencanai dan mengadun entiti-entiti penting dalam strata linguistik iaitu fonologi, morfologi, sintaksis, semantik dan wacana. Kajian ini juga memperlihatkan bagaimana peranan al-Maf‘ūl al-Muṭlaq dalam memperjelas kemukjizatan bahasa al-Quran setelah diasimilasikan dengan fitur-fitur yang lain dalam pembentukan gugusan al-I‘jāz al-Lisāniyy al-Qurʼāniyy melalui pengaplikasian al-Maf‘ūl al-Muțlaq dalam surah-surah al-Mufaṣṣal. Walaupun aliran pemikiran teori-teori nahu Arab yang terdiri daripada madrasah-madrasah seperti Kufah, Basrah, Baghdad dan Andalus begitu berjasa dalam usaha mempelopori, mengembangkan dan mempertahankan nahu Arab, namun kita perlu yakin bahawa nilai kemukjizatan al-Quran adalah satu-satunya pencetus keupayaan dan kekuatan tersebut sekalipun penghujahan-penghujahan al-Quran terhadap pembentukan nahu Arab tetap mereka diskusikan dengan hebatnya. Impak kemukjizatan linguistik melalui nahu al-Maf‘ūl al-Muṭlaq al-Qurʼāniyy dapat dijelaskan apabila nahu al-Maf‘ūl al-Muṭlaq berperanan dan mampu meninggalkan kesan yang kuat ketika Allah SWT menggunakannya dalam al-Quran untuk menyampaikan sesuatu mesej atau menggambarkan sesuatu perihal dan keadaan. Ia merupakan penanda aras yang mampu mengukur dan menyukat dengan tepat untuk menjelaskan fenomena sesuatu kemukjizatan yang lain berdasarkan kesesuaian penggunaannya. Analisis menunjukkan bahawa terdapat bukti yang menjelaskan penguasaan entiti elemen-elemen al-Maf‘ūl al-Muṭlaq, kesignifikanan peranan dan juga implikasinya yang nyata pada surah-surah al-Makkiyyah dan al-Madaniyyah kategori al-Mufaṣṣal sebagai data-data kajian ini. Proses tersebut menjelaskan implikasi kemukjizatan linguistik al-Quran melalui pengangkatan nahunya terhadap pembentukan tema-tema wacana al-Quran dengan adanya korelasi dalam semua proses tersebut.