Geobahaya tsunami di Tawau, Sabah - penilaian parameter gempa bumi, permodelan dan cadangan pelan mitigasi

Kawasan Tawau diancam oleh tsunami yang dijana oleh gempa bumi dari dua sumber utama iaitu di zon subduksi Utara Sulawesi, Indonesia dan Cotabato, Filipina. Ketinggian gelombang tsunami dipengaruhi oleh magnitud gempa bumi dan dikawal oleh parameter sesar seperti magnitud gelinciran, jurus, panjang,...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Ahmad Khairut Termizi Mohd Daud
Format: Thesis
Language:English
English
Published: 2014
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/40600/1/24%20PAGES.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/40600/2/FULLTEXT.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kawasan Tawau diancam oleh tsunami yang dijana oleh gempa bumi dari dua sumber utama iaitu di zon subduksi Utara Sulawesi, Indonesia dan Cotabato, Filipina. Ketinggian gelombang tsunami dipengaruhi oleh magnitud gempa bumi dan dikawal oleh parameter sesar seperti magnitud gelinciran, jurus, panjang, lebar, sudut kemiringan,sudut tukikan, dan kedalaman.Objektif kajian adalah untuk menentukan sensitiviti parameter gempa bumi tsunamigenik dari Utara Sulawesi dan Cotabato, menentukan impak tsunami ini, serta mencadangkan pelan tindakan terhadap ancaman tsunami di kawasan Bandar Tawau. Kajian ini mengintegrasikan analisis parameter gempa bumidengan aplikasi simulasi tsunami (TUNAMI-N2)dan Sistem Maklumat Geografi (GIS). Sebanyak 350 permodelan dilakukan terhadap 6 parameter gempa bumi tsunamigenik dan sejumlah 79 segmen cerapan digunakan untuk mengkategorikan tinggi ombak serta mengelaskan tahap ancaman tsunami di Daerah Tawau. Magnitud gelinciran merupakan parameter gempa bumi yang paling sensitif terhadap perubahan nilai dengan menyumbang sebanyak 0.06m dan 0.03m perubahan tinggi ombak bagi setiap peningkatan masing-masing bagi kes Utara Sulawesi dan kes Cotabato.Setiap perubahan 1km lebar sesar akan menyumbang kepada perubahan tinggi ombak sebanyak 0.05m bagi kes Utara Sulawesi dan 0.02m bagi kes Cotabato.Bagi parameter sudut junaman, kedalaman sesar, panjang sesar dan sudut tukikan perubahan nilai tidak memberikan perubahan konsisten dan signifikan terhadap ketinggian ombak.Pengelasan tahap bahayatsunami bagi kes Utara Sulawesi mendapati 57 daripada 79 segmen dikategorikan sebagai BahayaSangat Tinggi manakala 22 lagi dikategorikan sebagai BahayaTinggi dengan jarak pergerakan ombak terjauh sekitar 3km dari garis pantai. Pada kes Cotabato pula 43 segmen dikategorikan sebagai BahayaSangat Tinggi, 29 BahayaTinggi dan 7 bahayaSederhana dengan jarak pergerakan ombak terjauh sekitar 2.9km daripada garis pantai. Sejumlah 25 kawasan selamat dicadangkan dibawah pelan tindakan bencana tsunami, dimana 14 ialah tapak semulajadi dan 11 lagi merupakan tapak struktur binaan atau menara. Empat peta tematik dihasilkan, iaituPeta Perancangan Gunatanah, Peta Penilaian Tahap BahayaPesisir Pantai, Peta Anggaran Kawasan Pembanjiran dan Peta Pelan Keselamatan Menghadapi Bencana Tsunami. Peta-peta ini boleh digunakan untuk membantu dalam persediaan bencana dan perancangan bandar yang lebih mapan.