Elemen estetika dalam reka bentuk dan motif pakaian tradisional perkahwinan masyarakat Lotud di Sabah

Kehidupan moden telah menghakis nilai-nilai budaya dan amalan tradisi dalam masyarakat. Hal ini telah menyebabkan kepupusan pengetahuan dan amalan budaya termasuklah pengetahuan dalam pakaian tradisional. Pakaian tradisional etnik di Sabah mempunyai keunikan reka bentuk dan motif yang menampilkan n...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Salbiah Kindoyop
Format: Thesis
Language:English
English
Published: 2015
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/40664/1/24%20PAGES.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/40664/2/FULLTEXT.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kehidupan moden telah menghakis nilai-nilai budaya dan amalan tradisi dalam masyarakat. Hal ini telah menyebabkan kepupusan pengetahuan dan amalan budaya termasuklah pengetahuan dalam pakaian tradisional. Pakaian tradisional etnik di Sabah mempunyai keunikan reka bentuk dan motif yang menampilkan nilai keindahan yang amat menarik untuk diselidik. Masyarakat Suang Lotud di Tuaran, mempunyai tiga jenis pakaian tradisional iaitu, pakaian tantagas (upacara ritual), pakaian penari sumayau dan pakaian Perkahwinan. Namun, kajian hanya tertumpu pada pakaian tradisional perkahwinan. Kajian ini akan menganalisis elemen estetika yang terdapat pada pakaian tradisional perkahwinan dari segi reka bentuk dan motif pakaian. Kajian ini menggunakan metod penyelidikan lapangan iaitu, melalui kaedah pemerhatian, temu bual dan rakaman audio visual. Analisis kajian tentang elemen estetika yang terdiri daripada elemen harmoni, imbangan, kesatuan dan bermakna adalah indikator yang diperkenalkan oleh pengkaji berdasarkan teori Monroe Beardsley dan Vitruvius. Kajian ini mendapati elemen estetika dalam pakaian tradisional perkahwinan masyarakat Lotud dapat diketegorikan berdasarkan bentuk organik dan geometri. Motif dalam pakaian Lotud merujuk pada elemen estetika yang berasaskan flora, fauna, alam sekeliling dan kosmos. Reka bentuk dan motif pakaian tradisional juga menterjamahkan aktiviti kehidupan dan falsafah masyarakat Lotud.