Pembangunan model kemahiran pembelajaran kolaboratif dan terarah kendiri guru dan pelajar pengajian perniagaan tingkatan enam melalui pembelajaran berasaskan masalah

Malaysia memerlukan Pengajian Perniagaan yang berkualiti untuk melahirkan graduan yang kompeten dan boleh menggunakan pengetahuan serta kemahiran dalam situasi kehidupan sebenar untuk pembangunan negara. Oleh itu, guru-guru Pengajian Perniagaan (PP) Tingkatan Enam disarankan mengamalkan strategi pem...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Janet Jequiline Jolly Tinjol
Format: Thesis
Language:English
English
Published: 2022
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/40741/1/24%20PAGES.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/40741/4/FULLTEXT.2.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Malaysia memerlukan Pengajian Perniagaan yang berkualiti untuk melahirkan graduan yang kompeten dan boleh menggunakan pengetahuan serta kemahiran dalam situasi kehidupan sebenar untuk pembangunan negara. Oleh itu, guru-guru Pengajian Perniagaan (PP) Tingkatan Enam disarankan mengamalkan strategi pembelajaran aktif seperti yang diamalkan di kebanyakan negara maju. Walau bagaimanapun, guru Pengajian Perniagaan Tingkatan Enam masih mengamalkan kaedah pengajaran konvensional memandangkan kekurangan model yang boleh dijadikan panduan dalam melaksanakan kaedah Pengajaran dan Pemudahcaraan secara aktif. Hal ini memberi kesan terhadap pembentukan kemahiran yang penting iaitu kemahiran pembelajaran kolaboratif (PK) dan pembelajaran terarah kendiri (PTK) dalam menyediakan pelajar yang dapat bersaing dalam pasaran pekerjaan kelak. Justeru, tujuan kajian ini adalah untuk membangunkan model kemahiran PK dan PTK melalui peranan dan persepsi guru dan pelajar PP Tingkatan enam menggunakan kaedah Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBM). Kajian ini menggunakan pendekatan kajian kualitatif berbentuk kajian kes. Peserta kajian terdiri daripada dua orang guru PP dan tujuh belas pelajar Tingkatan Enam yang mengambil subjek Pengajian Perniagaan yang dipilih menggunakan kaedah persampelan bertujuan dari sebuah Pusat Tingkatan Enam di Daerah Papar, Sabah. Guru dan pelajar telah menjalani proses pembelajaran selama lapan minggu menggunakan kaedah PBM dalam topik Kepimpinan. Data dikumpul melalui kaedah pemerhatian, temu bual, dan analisis dokumen. Data seterusnya ditranskripsikan dan dianalisis menggunakan teknik analisis kandungan berbantukan perisian NVivo12. Komponen kredibiliti, kebolehpindahan, kebolehsandaran dan kebolehsahan telah dilaksanakan bagi menentukan kejujuran data. Pada akhir kajian, pembangunan model PK dan PTK melalui PBM merangkumi dua elemen utama iaitu peranan aktif guru dan peranan aktif pelajar PP Tingkatan Enam. Peranan aktif guru ialah sebagai fasilitator yang bertindak sebagai pakar dalam proses pemudahcaraan dan isi kandungan untuk membentuk kemahiran PK dan PTK pelajar. Manakala, peranan aktif pelajar pula ialah membina pengetahuan bersama dalam membentuk kemahiran PK dengan cara membentuk pemahaman bersama, menyumbang idea secara kolektif dan mengawal dinamik kumpulan. Bagi pembentukan kemahiran PTK, pelajar PP Tingkatan Enam memainkan peranan aktif membina pemahaman kendiri dengan cara bertanggungjawab dalam sifat dan proses pembelajaran kendiri. Model PK dan PTK melalui PBM turut memasukkan elemen sampingan iaitu persepsi positif dan negatif guru dan pelajar terhadap pelaksanaan PBM. Adalah diharapkan model ini dapat dijadikan panduan Pengajaran dan Pemudahcaraan kepada guru Pengajian Perniagaan Tingkatan Enam dalam membentuk kemahiran PK dan PTK pelajar yang diharapkan dapat memenuhi memenuhi keperluan pasaran pekerjaan kelak.