Leksis peripheral indo-euro dalam pengantarabangsaan bahasa Melayu di alam Malaynesia

Kajian ini berkaitan leksis peripheral Indo-Euro dalam pengantarabangsaan bahasa Melayu di alam Malaynesia. Analisis kajian ini menjelaskan usaha-usaha pengantarabangsaan bahasa Melayu melalui penyerapan unsur-unsur asing seperti leksis peripheral Indo-Euro dalam bahasa Melayu. Permasalahan kajian i...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Gerald Ahayu
Format: Thesis
Language:English
English
Published: 2023
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/40792/1/24%20PAGES.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/40792/2/FULLTEXT.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini berkaitan leksis peripheral Indo-Euro dalam pengantarabangsaan bahasa Melayu di alam Malaynesia. Analisis kajian ini menjelaskan usaha-usaha pengantarabangsaan bahasa Melayu melalui penyerapan unsur-unsur asing seperti leksis peripheral Indo-Euro dalam bahasa Melayu. Permasalahan kajian ini bertitik tolak daripada ramai rakyat Malaysia yang kurang mengetahui akan kewujudan leksis peripheral Indo-Euro yang diserap ke dalam bahasa Melayu apabila sebutannya diubahsuai dengan sebutan Malaynesia setelah dimelayukan. Objektif kajian ini adalah untuk menyenaraikan leksis peripheral Indo-Euro yang diserap ke dalam bahasa Melayu dengan sebutan bahasa Melayu. Melalui penyerapan leksis peripheral Indo-Euro tersebut, kajian ini telah mengenal pasti perubahan fonologi dan morfologi leksis peripheral Indo-Euro dalam pembentukan leksis Malaynesia. Metodologi kajian ini menggunakan kajian perpustakaan dengan merujuk kamus-kamus, buku-buku atau dokumen tatabahasa yang berkaitan. Dapatan kajian ini menunjukkan sebanyak 431 leksis peripheral Sanskrit, 122 leksis peripheral Parsi, 120 leksis peripheral Portugis, 312 leksis peripheral Belanda dan 219 leksis peripheral Inggeris yang diserap ke dalam bahasa Melayu. Kajian ini juga menunjukkan leksis peripheral bahasa Sanskrit mempunyai perubahan fonologi dan morfologi yang paling tertinggi iaitu 40 perubahan dan leksis peripheral bahasa Inggeris menunjukkan perubahan fonologi dan morfologi paling terendah iaitu 7 perubahan apabila diserap ke dalam bahasa Melayu. Kajian ini menggunakan pendekatan fonologi dan pendekatan morfologi dalam mengenal pasti perubahan tersebut. Selain itu, kajian ini juga mengunakan pemahaman etimologi diakronik dan sinkronik yang melibatkan sejarah perkembangan leksis yang dikaji dan perubahan yang dialami oleh setiap leksis peripheral Indo-Euro yang diserap ke dalam bahasa Melayu. Penyerapan leksis Indo-Euro ke dalam bahasa Melayu telah memperkayakan kosa kata bahasa Melayu dengan perubahan elemen-elemen linguistik tertentu seterusnya dapat membina keantarabangsaan bahasa Melayu. Kajian ini menunjukkan bahasa Melayu merupakan bahasa yang hidup dan fleksibel serta dapat menerima kata serapan daripada keluarga bahasa yang lain.