Keterancaman bahasa ibunda etnik Lundayeh: Kajian struktur kosa kata arkaik dalam genre uyu

Dewasa ini isu kepupusan dan keterancaman bahasa mulai menjadi perhatian umum. Ethnologue (2017), melalui kajian yang dilakukan oleh Summer Institute of Linguistics (SIL) bersama Universiti Malaysia Sabah telah mengkategorikan kebanyakan bahasa-bahasa etnik minoriti di Sabah berada pada tahap 6B (te...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Frank Dawat Yusia
Format: Thesis
Language:English
English
Published: 2023
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/40859/1/24%20PAGES.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/40859/2/FULLTEXT.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Dewasa ini isu kepupusan dan keterancaman bahasa mulai menjadi perhatian umum. Ethnologue (2017), melalui kajian yang dilakukan oleh Summer Institute of Linguistics (SIL) bersama Universiti Malaysia Sabah telah mengkategorikan kebanyakan bahasa-bahasa etnik minoriti di Sabah berada pada tahap 6B (terancam) mengikut skala Expanded Graded Intergenerational Disruption Scale (EGIDS). Oleh itu, kajian ini dilakukan untuk melihat keterancaman bahasa ibunda etnik Lundayeh (salah satu etnik minoriti Sabah) melalui kajian struktur kosa kata arkaik dari sebuah uyu naso anak delei (Lagu dodoian anak) yang masih dipraktikkan. Metodologi kajian ini ialah disiplin ilmu linguistik dengan kaedah kualitatif. Teori kajian adalah teori hakisan leksikel oleh Nancy Dorian (2013). Kerangka kerja tersebut digunakan bagi meneliti kehilangan dan pengurangan sumber leksikel bahasa ibunda etnik Lundayeh dikalangan tiga generasi responden etnik Lundayeh di Long Pasia. Tatacara kajian dan proses mengumpul data dilakukan melalui pemerhatian, temubual struktur separa, soal selidik dan bercerita dengan menggunakan borang soalan temubual, alat perakam, buku catatan dan komputer untuk mendapatkan data kajian. Responden terdiri dari tiga generasi iaitu remaja, ibubapa dan datuknenek, dengan umur yang berbeza-beza. Golongan tua dipilih bagi mengekalkan keaslian bahasa, gabungan lelaki dan perempuan, tinggal lama di lokasi kajian dan pemilihan lokasi kajian adalah di tempat yang terpencil, yang kurang mendapat pengaruh luar disamping sosioekonomi yang homogeneous. Pengkaji telah melakukan semakan bersilang dengan kamus Bahasa Lundayeh terkini (Ganang, 2009) dan juga dengan menggunakan data dari responden kajian bagi mengenalpasti kosa kata arkaik dan struktur bagi kosa kata arkaik terpilih. Sebagai rumusan, pengkaji mendapati bahasa ibunda etnik Lundayeh sudah mengalami hakisan leksikel. 5 daripada 9 kosa kata arkaik di dapati sudah berkurang atau hilang daripada perbendaharaan kata penutur. Pengurangan tersebut disebabkan perubahan bahasa, peralihanbahasa dan tidak digunakan atau penurunan yang tidak lengkap. Kosa kata itu ialah agung, ruseg, arang, safug, dan lang . Dapatan kajian ini penting dan bermanfaat dari aspek teori dan praktikal, yang boleh dimanfaatkan untuk kajian pada masa akan datang.