Pengaruh musiman terhadap taburan jumlah sedimen di Teluk Brunei menggunakan aplikasi penderiaan jauh

Kajian ini dijalankan bagi mengenalpasti pengaruh musimam terhadap taburan sedimen terampai yang terdapat di Teluk Brunei dalam tempoh 30 tahun iaitu bermula pada tahun 1997, 2007, dan 2017 pada musim kering (Februari dan Ogos) dan musim basah (April dan Disember) menggunakan aplikasi penderiaan jau...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Zulbaitul Ezaa Othman
Format: Thesis
Language:English
English
Published: 2020
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/40889/1/24%20PAGES.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/40889/2/FULLTEXT.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini dijalankan bagi mengenalpasti pengaruh musimam terhadap taburan sedimen terampai yang terdapat di Teluk Brunei dalam tempoh 30 tahun iaitu bermula pada tahun 1997, 2007, dan 2017 pada musim kering (Februari dan Ogos) dan musim basah (April dan Disember) menggunakan aplikasi penderiaan jauh. Di dalam kajian ini terdapat tiga objektif utama iaitu untuk mengenalpasti corak taburan jumlah sedimen terampai, untuk menganalisis trend corak jumlah sedimen terampai, dan untuk menganalisis tahap Indeks Kualiti Air Marin (IKAM) khususnya bagi sedimen terampai yang terdapat di Teluk Brunei. Di samping itu, penggunaan aplikasi penderiaan jauh dalam mengenalpasti jumlah sedimen terampai diintergrasikan dalam kajian ini. Penggunaan instrumen ERDAS, ENVI dan ArcGIS dalam menganalisis dan mempersembahkan jumlah sedimen terampai. Hasil kajian mendapati fenomena ekstrem seperti El Nino dan La Nina telah mempengaruhi corak jumlah sedimen pada tahun 1997 dan 2007. Tambahan lagi, semakin dekat dengan muara sungai tempat pengambilan sampel sedimen semakin tinggi bilangan bacaan sedimen terampai. Selain itu, taburan sedimen terampai di pengaruhi oleh curahan hujan dan aktiviti yang terdapat disekitaranya. Melalui kajian ini ianya dapat membantu pihak berwajib dalam memantau jumlah sedimen terampai dengan lebih mudah serta kerap dan menjimatkan kos untuk kepentingan sejagat.